Azmin berdepan kesukaran di Gombak

SUBANG 2 Okt. – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim meminta Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, supaya memberi perhatian terhadap usaha mempertahankan kerusinya.

Ini kerana, kata Anwar, Azmin dilihat bakal berdepan kesukaran untuk kekal di kerusi tersebut dalam Pilihan Raya ke-15 (PRU15) yang akan datang.

“Kenapa nak sibuk tentang dia? Dia jaga kawasan dia, tidak mudah bagi dia (untuk mempertahankan kerusi),” katanya ringkas ketika ditemui media selepas majlis pelancaran buku Script: For A Better Malaysia, pada Ahad.

Anwar mengulas kenyataan Azmin yang mencabarnya bertanding di Parlimen Gombak pada PRU15.

“Ada orang nak datang Gombak, silakan. Nak hantar isteri boleh, anak pun boleh. Kalau berani hantar diri sendiri,” kata Azmin yang juga bekas Timbalan Presiden PKR dalam ucapan perasmian jentera pilihan raya Bersatu di Shah Alam.

Media sebelum ini melaporkan Anwar memberi bayangan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Port Dickson pada PRU15, sebaliknya mahu bertanding di kerusi Parlimen yang disandang ‘pengkhianat’ PKR dan Pakatan Harapan (PH).

Related posts

Leave a Comment