UMNO tidak berhak minta bubar

SUBANG JAYA 2 Okt . – UMNO yang hanya memiliki 38 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat tidak berhak memaksa pembubaran Parlimen dilaksanakan mengikut tempoh yang dikehendaki parti itu, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang merangkap Presiden PKR itu berkata, hanya Perdana Menteri yang memiliki sokongan majoriti di Parlimen berhak membuat keputusan berhubung pembubaran Parlimen.

“UMNO ada 38 Ahli Parlimen. Dalam sistem kita, 38 Ahli Parlimen tidak boleh memaksa keputusan (pembubaran Parlimen).

Keputusan itu harus dibuat dengan wewenang Perdana Menteri, sekiranya Perdana Menteri itu mempunyai kekuatan, dan bertindak dengan waras sebagai Perdana Menteri,” katanya selepas majlis pelancaran buku SCRIPT – For A Better Malaysia di sini, hari ini.

Anwar diminta mengulas keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Jumaat lalu, yang membuat ketetapan supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini.

Related posts

Leave a Comment