Umat Islam berdukacita kematian ulama

SEPANG 26 Sept. – Beberapa pemimpin termasuk dalam kalangan parti politik turut bersedih menerima perkhabaran kematian ulama tersohor, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, tengah hari ini waktu Qatar. Melalui media sosial, mereka menyifatkan pemergian tokoh yang berasal dari Mesir itu satu kehilangan kepada umat Islam. Bagi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, pemergian Syeikh Yusuf mengingatkan betapa umat Islam semakin menghampiri zaman yang disabdakan oleh Rasullullah SAW. “Sesungguhnya Allah tidak menghapus ilmu pengetahuan dengan cara mengambil sekali gus daripada hamba-Nya, tetapi Allah menghapus ilmu…

Read More

Nasib kerajaan, rakyat bukan bahan uji kaji

KUALA LUMPUR 26 Sept. – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, nasib kerajaan dan rakyat di negara ini bukan bahan uji kaji seperti dilakukan dua bekas Perdana Menteri sebelum ini. Beliau menyifatkan tindakan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr Mahathir Mohamad senada dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin dalam ‘menyerang’ kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob adalah kerana kedua-duanya dilihat amat mengidam mahu kembali sebagai Perdana Menteri walaupun terbukti gagal selepas pernah diberi peluang sebelum ini. Presiden UMNO itu berkata, amat sukar untuk Malaysia mempercayai janji…

Read More

Prof. Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia

SEPANG 26 Sept. – Ulama tersohor dunia kelahiran Mesir, Prof Yusuf al-Qaradawi menghembuskan nafas terakhir hari ini pada usia  96 tahun. Berita duka pemergian mantan Ketua Kesatuan Ulama Sedunia (IUMS) itu diumumkan di akaun media sosial rasmi Allahyarham. Dilahirkan pada 9 September 1926, Allahyarham dikenali sebagai seorang Mujtahid di era moden ini. Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Qatar, tempat beliau tinggal dalam buangan berikutan penggulingan tentera kerajaan pimpinan Ikhwanul Muslimin di Mesir pada 2013. Allahyarham Yusuf telah dibicarakan dan dijatuhkan hukuman mati tanpa hadir di Mesir. Sepanjang hayatnya, Allahyarham…

Read More

Ismail Sabri kekal ‘poster boy’, calon PM

PUTRAJAYA 26 Sept. – Naib Presiden UMNO, Mahdzir Khalid, mengesahkan Ismail Sabri Yaakob masih menjadi calon Perdana Menteri dan ‘poster boy’ Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Beliau menafikan dakwaan bahawa Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi kini menjadi calon perdana menteri bagi BN. Katanya, mesyuarat sebelum ini memang memutuskan Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO sebagai calon Perdana Menteri. “Siapa tular? Kat mana tular tu? Setakat ini keputusan yang kita buat di peringkat parti Ismail Sabri adalah ‘poster boy’ dan calon Perdana Menteri selepas…

Read More

269 kes baharu di Brunei Darussalam

BANDAR SERI BEGAWAN 26 Sept. – Sebanyak 269 kes baharu Covid-19 dilaporkan di mana 268 adalah hasil ujian ART yang dimuatnaik ke aplikasi  BruHealth dan satu kes hasil daripada 81 ujian makmal RT-PCR. Menteri Kesihatan Dr Mohd Isham Jaafar berkata, dalam tempoh seminggu kebelakangan ini, jumlah kes Covid-19 tidak menunjukkan banyak perubahan di mana purata 210 kes sehari pada minggu lepas berbanding 215 minggu sebelumnya. Beliau juga memberitahu tiada kes dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi dan tidak ada kes di dalam…

Read More

Persatuan Artisan Diraja Malaysia

PUTRAJAYA 26 Sept. – Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini mengumumkan penubuhan Persatuan Artisan Diraja Malaysia bagi mengiktiraf karyawan yang berkemahiran dalam ketukangan kraf. Dalam titah sempena Simposium Tekstil Tradisional ASEAN ke-8, Tunku Azizah berkenan berkongsi visi untuk memartabatkan kraf tradisional itu sebagai satu peninggalan yang berharga untuk generasi akan datang. “Saya mempunyai visi dan sepatutnya menjadi wawasan kepada semua, sebagai seorang penjaga budaya, saya bertanggungjawab untuk memelihara, menghidupkan dan memartabatkan legasi bukan sahaja berkaitan tekstil tetapi budaya dan warisan secara keseluruhannya. Hari ini, sempena…

Read More

RM2.08 bilion melalui akaun peribadi

KUALA LUMPUR 26 Sept. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, akaun peribadi AmIslamic Bank milik bekas Perdana Menteri, Najib Razak, menerima kemasukan wang berjumlah RM2.08 bilion melalui sembilan transaksi pada 2013. Saksi ke-37 pendakwaan, R Uma Devi yang juga Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan mengesahkan kemasukan wang itu ke dalam akaun Najib bernombor 211-202- 200969-4 (AM Private Banking MR) pada Mac dan April 2013. Beliau yang dirujuk dengan dokumen penyata akaun itu, mengesahkan wang sebanyak RM155 juta masing-masing dimasukkan ke dalam akaun itu melalui tiga…

Read More

Sesak di wad bersalin bermusim

TANJONG KARANG 26 Sept. – Kesesakan di hospital kerajaan terutama di wad bersalin hanya bermusim susulan trend peningkatan kelahiran bayi bermula September hingga November, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Beliau berkata, trend kelahiran pada tiga bulan itu tinggi pada setiap tahun dengan kemuncak peningkatan pada Oktober ini. “Perkara ini adalah fakta yang diperoleh pada setiap tahun dan bukannya sengaja direka. Ia bermusim dan tidak dapat dielakkan kerana jumlah kelahiran bayi yang tinggi sepanjang tempoh tiga bulan itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Hospital Tanjong Karang yang baharu,…

Read More

Operasi hospital baharu Tanjong Karang 10 Okt

TANJONG KARANG 26 Sept. – Hospital Tanjong Karang baharu yang juga Hospital Pakar Minor berkapasiti 150 katil akan mula beroperasi sepenuhnya pada 10 Oktober ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Beliau berkata hospital baharu itu adalah hospital pakar minor kedua di Selangor akan memanfaatkan lebih 350,000 penduduk sekitar selain menggantikan bangunan lama hospital yang telah berusia lebih 56 tahun. “Sebanyak 10 bidang kepakaran akan diperkenalkan di hospital itu secara berfasa merangkumi pembedahan, kecemasan, perubatan umum, obstetrik dan ginekologi, pediatrik, ortopedik, anestesiologi, radiologi, patologi serta bedah mulut dan maksilofasial. Hospital ini…

Read More

RM90.89 juta masuk akaun Najib

KUALA LUMPUR 26 Sept. – Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, sebanyak RM90.89 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi AmIslamic Bank milik Datuk Seri Najib Razak melalui dua transaksi pada Oktober dan November 2012. R Uma Devi, saksi ke-37 pendakwaan yang juga Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan menyatakan demikian ketika beliau dirujuk penyata akaun peribadi bekas Perdana Menteri itu yang berakhir dengan nombor 694. Beliau yang membacakan penyataan saksinya berkata, kedua-dua transaksi terbabit adalah kemasukan RM15,149,963.64  pada 31 Oktober dan RM75,749,963.64 pada 20 November 2012. Beliau berkata demikian…

Read More