269 kes baharu di Brunei Darussalam

BANDAR SERI BEGAWAN 26 Sept. – Sebanyak 269 kes baharu Covid-19 dilaporkan di mana 268 adalah hasil ujian ART yang dimuatnaik ke aplikasi  BruHealth dan satu kes hasil daripada 81 ujian makmal RT-PCR.

Menteri Kesihatan Dr Mohd Isham Jaafar berkata, dalam tempoh seminggu kebelakangan ini, jumlah kes Covid-19 tidak menunjukkan banyak perubahan di mana purata 210 kes sehari pada minggu lepas berbanding 215 minggu sebelumnya.

Beliau juga memberitahu tiada kes dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi dan tidak ada kes di dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Bercakap pada sidang media status terkini Covid-19 di Brunei Darussalam, beliau juga memaklumkan sebanyak 210 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 224,889 pesakit pulih.

Sehingga 25 September 2022, sebanyak 85.1 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin dan sebanyak 61.4 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima tiga dos vaksin.

Sementara itu, sebanyak 78.4 peratus rakyat dan penduduk negara ini mendapatkan tiga dos vaksin dan 10.4 peratus menerima empat dos vaksin Covid-19.

Related posts

Leave a Comment