Empat kluster baharu

 

π—žπ—Ÿπ—¨π—¦π—§π—˜π—₯ π—π—”π—Ÿπ—”π—‘ 𝗕𝗒𝗠𝗕𝗔, 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛
Kes indeks bagi kluster iaitu kes ke-11110 merupakan lelaki warganegara Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna, Sabah pada 20 September 2020. Kes bergejala demam dan batuk dan didapati positif COVID19 pada 28 September 2020. Kes telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Hasil saringan kontak rapat mendapati 2 lagi kes positif COVID-19 pada 28 September 2020.

Pengenalpastian kontak rapat dan saringan masih lagi diteruskan oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

π—žπ—Ÿπ—¨π—¦π—§π—˜π—₯ π—π—”π—Ÿπ—”π—‘ 𝗨𝗧𝗔π—₯𝗔, 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛
Kluster ini dikenalpasti hasil saringan petugas kesihatan di sebuah institut latihan di Sandakan, Sabah. Dua (2) petugas kesihatan telah dikesan positif COVID-19 pada 28 September 2020. Mereka tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan. Pengenalpastian kontak rapat dan saringan masih lagi diteruskan oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

π—žπ—Ÿπ—¨π—¦π—§π—˜π—₯ π—•π—˜π—‘π—§π—˜π—‘π—š π—£π—ž, π—¦π—˜π—Ÿπ—”π—‘π—šπ—’π—₯
Kluster ini dikenalpasti hasil saringan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Klang, Selangor. Saringan tersebut telah dijalankan dari 16 hingga 25 September 2020 di mana 8 orang PATI dikesan positif COVID-19. Hasil saringan kontak rapat mendapati 1 lagi kes positif bagi kluster ini pada 28 September 2020 yang melibatkan anggota polis. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Sehingga kini, seramai 148 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:
β€’ 9 kes positif COVID-19; dan
β€’ 139 dikesan negatif.

π—žπ—Ÿπ—¨π—¦π—§π—˜π—₯ π—•π—”π—žπ—”π—ͺπ—”π—Ÿπ—œ, 𝗝𝗒𝗛𝗒π—₯
Kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-10911 dan kes ke-10912 merupakan pasangan suami isteri warganegara Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna, Sabah pada 13 September 2020 sehingga 18 September 2020. Pada 24 September 2020, kedua-dua kes bergejala demam, selesema dan batuk yang kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Mereka didapati positif COVID-19 pada 26 September
2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Johor. Hasil saringan kontak rapat mendapati dua (2) lagi kes positif bagi kluster ini.

Sehingga 29 September 2020, seramai 25 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:
β€’ 4 kes dikesan positif COVID-19;
β€’ 13 individu negatif; dan
β€’ 8 individu masih menunggu keputusan.
Langkah pencegahan jangkitan termasuk proses nyah kuman dan proses pembersihan telah dijalankan di lokasi-lokasi yang terlibat. Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan bagi kesemua kluster.

Related posts

Leave a Comment