Dr Mahathir sedia jadi PM kali ketiga

SERDANG 24 Sept. – Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaan untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), sekiranya tiada pilihan calon lain yang sesuai. Bagaimanapun , Ahli Parlimen Langkawi itu menegaskan sekiranya beliau memegang jawatan itu buat kali ketiga, ia bukanlah untuk tempoh selama lima tahun, tetapi mungkin hanya untuk setahun. Beliau sebenarnya lebih suka berehat dan memainkan peranan sebagai pakar rujukan namun sekiranya desakan demi desakan datang, beliau tidak keberatan untuk menerima tawaran berkenaan. “Kalau nak kira, kalau nak fikir tentang kedudukan…

Read More

Anwar jangka PRU15 tahun depan

KANGAR 24 Sept. – Presiden PKR, Anwar Ibrahim menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bakal diadakan tahun hadapan selepas keadaan terkawal susulan jangkaan banjir besar hujung tahun ini. Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, mana-mana kerajaan bertanggungjawab akan menetapkan tarikh masa PRU yang sesuai tetapi tidak membebankan rakyat. “Sebab itu kita prihatin permasalahan banjir. Saya kira kalau keadaan itu lebih terkawal (selepas musim banjir). (Bagaimanapun) itu (tarikh PRU15) keputusan perdana menteri dan ke bawah duli Yang di-Pertuan Agong… mungkin tahun depan,” katanya pada sidang media di pejabat Ahli Parlimen Kangar.…

Read More

Mengundi sudah jadi fardu ain

KUALA KANGSAR 24 Sept. – Tanggungjawab mengundi kini bukan lagi fardu kifayah sebaliknya fardu ain yang diwajibkan ke atas mereka yang beragama Islam berdasarkan kepada situasi politik semasa, kata Presiden Pas, Abdul Hadi Awang. Justeru Pas menggesa semua pengundi baharu berumur 18 tahun ke atas untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang. Menurut Ahli Parlimen Marang itu, amat malang sekiranya dalam kalangan rakyat terutama masyarakat Melayu atau umat Islam yang telah diberi ruang untuk mengundi pada pilihan raya, tetapi tidak berbuat demikian. “Ini kerana dalam suasana…

Read More

Pembangkang tonjol kecelaruan, kepelikan

KUALA LUMPUR 24 Sept. – Pembangkang Malaysia sedang menonjolkan kecelaruan dan kepelikan ketika  menyenaraikan 10 menteri kerajaan sebagai gagal, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Katanya , pembangkang menyenaraikan ramai menteri telah gagal, namun membantah mandat diserahkan kepada rakyat untuk membentuk sebuah kerajaan yang baharu. “Logik pembangkang, PRU-15 tidak boleh diadakan supaya kerajaan yang dibarisi menteri dituduh gagal boleh terus fokus menjaga kebajikan untuk rakyat,” katanya dalam kenyataan melalui media sosial. Baru-baru ini Pengerusi DAP Lim Guan Eng meminta Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob mengambil tindakan terhadap…

Read More

Kes cacar monyet turun 22 peratus

AMERIKA SYARIKAT: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).melaporkan kes cacar monyet di Amerika Utara dan Eropah menurun sebanyak 22 peratus bagi keseluruhan kes pada minggu lalu. Lima lagi kematian global dilaporkan sejak laporan WHO pada 7 September lalu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 23 dengan 14 daripadanya dari negara Afrika. Ia tidak termasuk dalam laporan itu membabitkan kematian baharu di Republik Czech, dengan pesakit turut mengalami radang paru-paru, selain dijangkiti HIV. Pada minggu lalu, 23 negara melaporkan peningkatan kes dengan Chile melaporkan lonjakan paling ketara. Tiga negara yang melaporkan kes pertama mereka adalah Guam,…

Read More

Had jawatan KM Sabah 2 penggal

TELUPID 24 Sept. – Jemaah Kabinet Sabah secara dasarnya meluluskan cadangan untuk mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri kepada dua penggal, kata Ketua Menteri, Hajiji Noor. Beliau berkata cadangan berkenaan akan dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan datang sekiranya rakyat dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bersetuju untuk meminda Perlembagaan Negeri. “Ini kerana mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri membabitkan soal perundangan, justeru Perlembagaan Negeri perlu dipinda melalui Persidangan DUN Sabah. “Cadangan ini satu lagi inisiatif yang dibawa kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN),” katanya…

Read More

Tidak gentar cubaan gugat UMNO

KUALA LUMPUR 24 Sept. – Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak gentar di sebalik cubaan pihak tertentu yang cuba mengganggu-gugat kesepaduan parti akibat takut dan tidak senang dengan pemulihan dan kebangkitan UMNO. “Mereka tahu apabila Parlimen bubar, maka mimpi ngeri mereka semakin tiba, yang lompat parti dihukum oleh pengundi mereka sendiri sebelum ini. Ramai juga takut tewas dan ditolak rakyat kerana prestasi buruk mereka di kawasan,” katanya. Ahmad Zahid dalam kenyataan di media sosial berkata, sebagai Presiden parti beliau perlu tegas, tidak goyang dengan ancaman politik dan berpendirian teguh.…

Read More

BN kembali teguh jika ahli bersatu hati

KUALA LUMPUR 24 Sept. – Barisan Nasional (BN) akan kembali teguh dan ampuh jika ahli UMNO  bersatu hati dan parti komponen BN bersifat realistik dan bergerak berdasarkan fakta dan data, kata Pengerusi BN, Dr. Ahmad Zahid Hamidi. “Begitu juga gelombang ‘Keluarga kita BN’ perlu digerakkan secara bersepadu untuk menggandakan kekuatan BN dan semua ini perlu dilakukan dengan tekad yang kuat dan semangat perjuangan yang luhur,” katanya. Beliau menegaskan ‘gelombang UMNO ialah keluarga kita’ akan terus diperkasakan untuk memastikan setiap keluarga besar adalah ahli UMNO. “Dengan ahli 3.4 juta kalau digandakan…

Read More

Lima lagi wakil rakyat bakal sertai PBM

BUKIT MERTAJAM 24 Sept. – Lima lagi wakil rakyat – tiga Ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhasrat menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Ahli Parlimen Ampang yang bakal dilantik sebagai Presiden PBM, Zuraida Kamaruddin, berkata identiti wakil rakyat berkenaan akan diumumkan 1 Oktober ini sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pertama parti di Kuala Lumpur. Beliau berkata, ketika ini penerimaan rakyat terhadap PBM amat positif dalam beberapa siri jelajah yang diadakan dan diharapkan dengan pertambahan wakil rakyat itu nanti menjadikan parti berkenaan…

Read More

BN musuh utama PN – Muhyiddin

PUTRAJAYA 24 Sept. – Jika sebelum ini Pas mengisytiharkan Pakatan Harapan (PH), sebagai musuh dalam pilihan raya umum,p (PRU),  Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin pula menganggap Barisan Nasional (BN) musuh utama PN. Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata parti komponen dalam PN perlu bergerak sebagai satu pasukan dan memiliki hala tuju yang sama, bukan mengeluarkan kenyataan atau pendirian bertentangan. “Jangan Bersatu kata begini, Pas begini, Gerakan begini. Kalau tak tunjuk kesatuan, kita akan kalah sebab mesej di bawah tidak jelas, siapa musuh kita. “Jadi kita dalam PN sudah ada…

Read More