Anwar jangka PRU15 tahun depan

KANGAR 24 Sept. – Presiden PKR, Anwar Ibrahim menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bakal diadakan tahun hadapan selepas keadaan terkawal susulan jangkaan banjir besar hujung tahun ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, mana-mana kerajaan bertanggungjawab akan menetapkan tarikh masa PRU yang sesuai tetapi tidak membebankan rakyat.

“Sebab itu kita prihatin permasalahan banjir. Saya kira kalau keadaan itu lebih terkawal (selepas musim banjir). (Bagaimanapun) itu (tarikh PRU15) keputusan perdana menteri dan ke bawah duli Yang di-Pertuan Agong… mungkin tahun depan,” katanya pada sidang media di pejabat Ahli Parlimen Kangar.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan kejujuran pembangkang yang membantah PRU15 diadakan pada musim tengkujuh kerana takut akan kalah.

Related posts

Leave a Comment