Had jawatan KM Sabah 2 penggal

TELUPID 24 Sept. – Jemaah Kabinet Sabah secara dasarnya meluluskan cadangan untuk mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri kepada dua penggal, kata Ketua Menteri, Hajiji Noor.

Beliau berkata cadangan berkenaan akan dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan datang sekiranya rakyat dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bersetuju untuk meminda Perlembagaan Negeri.

“Ini kerana mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri membabitkan soal perundangan, justeru Perlembagaan Negeri perlu dipinda melalui Persidangan DUN Sabah.

“Cadangan ini satu lagi inisiatif yang dibawa kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN),” katanya pada Program Jelajah GRS Parlimen Beluran di Dataran Telupid di sini hari ini.

Related posts

Leave a Comment