Jaminan jaga kepentingan Sabah, Sarawak

MELAKA 16 Sept. – Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengulangi jaminan bahawa kerajaan memberi perhatian kepada isu berkaitan kepentingan Sabah dan Sarawak, seperti dinyatakan pada sambutan Hari Malaysia tahun lalu. Katanya, kerajaan serius mengukuhkan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia, selain menjelaskan ia dibuktikan menerusi Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 berkaitan MA63 yang diluluskan dengan sokongan majoriti dua pertiga Ahli Dewan Rakyat, pada 14 Disember 2021. “Sebagai Pengerusi Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963, saya akan memastikan hak bagi Sabah dan Sarawak seperti mana yang terkandung dalam perjanjian MA63…

Read More

Pertahan perpaduan Keluarga Malaysia

MELAKA 16 Sept. – Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan Keluarga Malaysia bahawa musuh yang memecahbelahkan perpaduan datang dalam pelbagai bentuk ekonomi, politik dan sosial. Katanya, pada masa yang sama anasir luar juga giat berusaha menggugat kestabilan serta ketenteraman bangsa dan negara. Justeru beliau mengingatkan jika anasir ini berleluasa dan memuncak, ia   dibimbangi akan menjadi ancaman kritikal yang boleh mengancam perpaduan Keluarga Malaysia. “Laksana bara yang mula menyalakan puntung, menyalakan unggun, jika tidak segera dibendung akan menyemarakkan api permusuhan, mencetuskan perselisihan kaum dan agama yang boleh melemahkan Keluarga Malaysia…

Read More

8.7 juta terima BKM fasa 3, rayuan mulai Selasa

PUTRAJAYA 16 Sept. – Sebanyak 8.7 juta penerima akan mula menerima bayaran fasa tiga dan fasa rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) mulai Selasa depan, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. Katanya, bayaran yang akan dikreditkan ke dalam akaun penerima secara berperingkat itu melibatkan pembayaran bernilai RM2.2 bilion. “Bagi BKM fasa tiga, setiap penerima sedia ada bakal menerima sehingga RM900. Selain itu, rayuan lebih 80,000 penerima sudah diluluskan dan akan menerima sehingga RM2,350, mengikut kategori kelayakan masing-masing. “Ia termasuk Bantuan Tunai Tambahan diumumkan kerajaan pada Jun lalu,” katanya dalam satu kenyataan,…

Read More

Segera penambahbaikan ACFTA

PUTRAJAYA 16 Sept. – Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) harus menjadi asas hubungan perdagangan ASEAN-China, selain terus berperanan memudahkan perdagangan antara kedua-dua pihak bagi manfaat perniagaan dan komuniti serantau. Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, di sebalik cabaran getir akibat berlakunya pandemik Covid-19 ini, kerjasama dan jalinan hubungan perdagangan pelbagai hala perlu ditingkatkan bagi mendepani krisis-krisis luar jangka yang mungkin berlaku pada masa hadapan berikutan ketidaktentuan geopolitik dunia. Berucap secara maya pada majlis perasmian Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-19 hari ini, Ismail Sabri berharap pihak ASEAN dan China dapat menyegerakan penambahbaikan ACFTA…

Read More

GTA bergerak berasingan hadapi PRU

SERDANG 16 Sept. – Gerakan Tanah Air (GTA) akan bergerak berasingan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tanpa kerjasama dengan mana-mana parti yang terlibat rasuah ataupun terlibat mendirikan kerajaan melalui pintu belakang. Pengerusi Penaja GTA Dr Mahathir Mohamad berkata, gerakan itu merangkumi parti politik Melayu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan daripada ahli akademik dan profesional yang cinta kepada negara. “Dan mereka ingin berjuang dalam politik untuk kembalikan negara kepada dahulunya yang dikenali sebagai Asian Tiger yang bersih, cekap dan amanah,” katanya pada sidang media di Konvensyen Pejuanita Malaysia…

Read More

Dr Mahathir dakwa Pas parti kafir

KUALA LUMPUR 16 Sept. – Sehari selepas Presiden Pas Abdul Hadi Awang mengkritik ‘ ramai pimpinan Pakatan Harapan (PH) sebagai ‘tidak beriman dan bermoral’, bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad melabelkan Pas parti kafir. Pengerusi Parti Pejuang itu Pakatan Harapan (PH) mendakwa Pas kini adalah parti kafir berikutan tindakannya bekerjasama dengan UMNO dan parti bukan Islam demi memperoleh kedudukan. Dr Mahathir membuat kenyataan itu dengan merujuk apa yang didakwa  Abdul Hadi terhadap UMNO pada satu masa dulu. Menurut Dr. Mahathir sehingga kini Pas tidak menarik balik dakwaan yang dibuatnya suatu…

Read More

Perak, Pulau Pinang kibar bendera separuh tiang

IPOH 16 Sept. – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan supaya bendera negeri dikibar separuh tiang sebagai menghormati kemangkatan Ratu Elizabeth II pada 9 September lepas. Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Ahmad Suaidi Abdul Rahim dalam satu kenyataan memaklumkan, bendera Perak akan dikibarkan separuh tiang tiga hari bermula esok sehingga selesai istiadat permakaman Ratu Elizabeth II pada hari Isnin. “Sultan Perak telah berkenan agar negeri ini mengibarkan bendera separuh tiang bermula esok hingga Isnin depan, bagi menzahirkan rasa dukacita baginda di atas kemangkatan Ratu Elizabeth II,” katanya dalam satu kenyataan. Sementara…

Read More

Seri Paduka hadir pemakaman di UK

SEPANG 16 Sept. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini, berangkat ke United Kingdom (UK) bagi memberi penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II yang mangkat pada 8 September lalu. Lawatan khas Al-Sultan Abdullah itu adalah bagi memenuhi jemputan rasmi kerajaan UK selama enam hari bermula hari ini, diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, pada pukul 10.30 pagi. Timbalan Menteri Luar,  Kamarudin…

Read More

Kes jangkitan harian 2,375

PUTRAJAYA 16 Sept. – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 pada Khamis semalam menunjukkan sedikit penurunan kepada 2,375 iaitu 2,364 kes tempatan dan 11 import berbanding 2,431 pada hari sebelumnya. Menurut data KKM di portal COVIDNOW, ini membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,813,702. Sebanyak 27,205 kes aktif direkodkan iaitu pertambahan sebanyak 906 kes di mana 25,912 atau 95.2 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 1,232 kes atau 4.5 peratus dirawat di hospital. Daripada jumlah kes di hospital, 53 kini ditempatkan di wad ICU di mana 41 daripadanya memerlukan…

Read More

Kenyataan Hadi Awang keterlaluan

KUALA TERENGGANU 16 Sept. – Tindakan keterlaluan. Itu reaksi Pakatan Harapan (PH) negeri apabila ada pihak melabel parti itu sebagai kumpulan yang tidak beriman dan tak bermoral. Pengerusi PH negeri, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, berkata kenyataan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang itu sudah  terkeluar daripada kategori serangan politik sebaliknya lebih kepada isu membabitkan soal akidah pemimpin PH. Kenyataan Abdul Hadi itu hampir menyamai Amanat Haji Hadi di Banggol Peradong, Terengganu pada tahun 1980-an yang mengkafirkan UMNO sehingga berlakunya perpecahan. “Tuduhan UMNO kafir menyebabkan perpecahan dahsyat dalam kalangan umat…

Read More