Kes jangkitan harian 2,375

PUTRAJAYA 16 Sept. – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 pada Khamis semalam menunjukkan sedikit penurunan kepada 2,375 iaitu 2,364 kes tempatan dan 11 import berbanding 2,431 pada hari sebelumnya.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, ini membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,813,702.

Sebanyak 27,205 kes aktif direkodkan iaitu pertambahan sebanyak 906 kes di mana 25,912 atau 95.2 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 1,232 kes atau 4.5 peratus dirawat di hospital.

Daripada jumlah kes di hospital, 53 kini ditempatkan di wad ICU di mana 41 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Tiga lagi dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada 36,299 kematian sejak pandemik bermula manakala kes sembuh pula meningkat kepada 4,750,198 apabila 1,466 dilaporkan sembuh semalam.

Related posts

Leave a Comment