Dr Mahathir dakwa Pas parti kafir

KUALA LUMPUR 16 Sept. – Sehari selepas Presiden Pas Abdul Hadi Awang mengkritik ‘ ramai pimpinan Pakatan Harapan (PH) sebagai ‘tidak beriman dan bermoral’, bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad melabelkan Pas parti kafir.

Pengerusi Parti Pejuang itu

Pakatan Harapan (PH) mendakwa Pas kini adalah parti kafir berikutan tindakannya bekerjasama dengan UMNO dan parti bukan Islam demi memperoleh kedudukan.

Dr Mahathir membuat kenyataan itu dengan merujuk apa yang didakwa  Abdul Hadi terhadap UMNO pada satu masa dulu.

Menurut Dr. Mahathir sehingga kini Pas tidak menarik balik dakwaan yang dibuatnya suatu ketika dulu, bahawa orang yang tidak bersama parti itu adalah kafir, maka dengan tindakan kerjasama terbabit, ia menggambarkan bahawa mereka bukan lagi parti Islam.

“Parti Pas ini kita dapati tindakan mereka pelik sikit kerana ia berbeza dengan pendirian mereka dulu. …dahulu Pas kata UMNO parti kafir dan macam-macam tuduhan dibuat.

“Tapi tanpa menafikan bahawa UMNO itu kafir, mereka bekerjasama dengan kafir, …dulu berjuang untuk Islam dan tidak boleh bekerjasama dengan kafir sebab akan jadi kafir.

Tapi mereka bekerjasama dengan kafir, jadi mengikut tafsiran Pas, Pas sekarang ini parti kafir selagi mereka tak hapuskan dakwaan yang dibuat bahawa orang yang tidak bersama Pas itu adalah kafir,” katanya pada sidang media, hari ini.

Terdahulu, Dr Mahathir merasmikan Konvensyen Pejuanita Malaysia, ‘Aspirasi Wanita Merdeka: Penentu Hala Tuju Negara’ di sini.

Abdul Hadi  pada April 1981 melalui Amanat Haji Hadi dikatakan mengkafirkan UMNO sehingga menyaksikan orang Melayu ketika itu berpecah-belah.

Bagaimanapun pada tahun 2019, Pas bekerjasama dengan musuh tradisinya, UMNO di bawah semangat ‘perpaduan ummah’ atas nama Muafakat Nasional (MN).

Semalam, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, menyatakan Pas yang dipimpin Abdul Hadi ketika ini berbeza dengan pendekatan yang dibawa bekas pemimpin parti itu, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pada masa sama, Dr Mahathir berkata, Pas kini dilihat seolah-olah sebuah parti yang oportunis dengan mengenepikan prinsip apabila peluang mendapatkan jawatan dan kedudukan ‘terbentang’ di hadapan mereka.

“Jadi kita tidak tahu apa sebabnya Pas ditubuh sama ada untuk Islam atau hendak jadi wakil rakyat dan menteri besar, …

“Nampak tumpuan bukan pada Islam tetapi nak pegang jawatan untuk dapat duit,” katanya.

Related posts

Leave a Comment