PH muktamadkan kerusi di beberapa negeri

KULAI 9 Sept. – Pakatan Harapan (PH) selesai memuktamadkan pembahagian kerusi Parlimen di beberapa negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke. Beliau berkata perbincangan mengenai perkara itu dimuktamadkan gabungan berkenaan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH semalam. “Perbincangan mengenai agihan kerusi untuk PRU-15 masih berjalan, namun saya difahamkan dalam mesyuarat semalam, ada beberapa resolusi dicapai dan perkara itu dibawa untuk pengetahuan setiap parti komponen. Mereka memaklumkan berjaya memuktamadkan kerusi Parlimen di beberapa negeri. “Ada beberapa negeri di Semenanjung selesai melakukan agihan kerusi untuk PRU-15,…

Read More

Muhyiddin sedia dicabar di Pagoh

PAGOH 9 Sept. – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin bersikap terbuka dan bersedia berdepan dengan mana-mana individu yang sedia bertanding di kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang. Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh sejak tahun 1978 berkata, beliau berpandangan sesiapa sahaja boleh mempertaruhkan nasib di kerusi itu memandangkan Malaysia sebuah negara berdemokrasi. Mengulas laporan kononnya Ahli Majlis Tertinggi UMNO Razali Ibrahim bakal bertanding di kerusi Parlimen Pagoh , beliau berlapang dada dan tidak mahu memperlekehkan mana-mana pihak. “Tak apalah sesiapa nak masuk (bertanding), ini…

Read More

Agong, Permaisuri ucap takziah

KUALA LUMPUR 9 Sept . – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada kerabat diraja Britain atas kemangkatan Ratu Elizabeth II. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua bertitah baginda akan dikenang oleh Seri Paduka Baginda, kerajaan dan rakyat Malaysia atas komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada Komanwel yang menjadi kebanggaan Malaysia dan usaha baginda untuk menggalakkan hubungan yang lebih kukuh, di antara United Kingdom dan Malaysia. “Ratu Elizabeth II juga…

Read More

Tafsiran Pimpinan Ar-Rahman edisi rumi baharu

KUALA KUBU BHARU 9 Sept. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan melancarkan kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Edisi Rumi Baharu, hari ini. Pelancaran kitab itu disempurnakan baginda pada Majlis Lawatan Kerja bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, ke Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), di sini. Jakim dan Rimbunan Islamik Media Sdn. Bhd. dalam kenyataan bersama memaklumkan, antara kelebihan cetakan terbaharu itu ialah ia merupakan satu-satunya kitab tafsir lengkap diterbitkan Jakim, karya terjemahan oleh penulis tempatan yang berkelayakan dan diiktiraf, serta…

Read More

Bermulanya Operasi London Bridge

LONDON: Operasi London Bridge adalah kod atau kata laluan untuk perancangan upacara pengebumian yang akan dilakukan dalam tempoh beberapa minggu atau bulan selepas kemangkatanRatu Elizabeth II. Berdasarkan ‘Operasi London Bridge’, pada hari kemangkatan Ratu Elizabeth, Setiausaha Sulitnya, Edward Young, akan memberikan mesej ‘London Bridge is down’ berkenaan kepada Perdana Menteri, Liz Truss. Perdana Menteri kemudian akan mengatur rancangan Operasi London Bridge, bermula dengan memaklumkan kemangkatan baginda kepada dunia luar, didahului dengan 15 kerajaan yang mengiktiraf Ratu Elizabeth sebagai ketua negara. Ia kemudian diikuti dengan makluman kepada 36 negara dan pemimpin…

Read More

Raja Charles III ganti Ratu Elizabeth II

BALLATER: Putera tertua dalam kalangan empat anak Ratu Elizabeth II, Putera Charles, hari ini ditabal sebagai Raja Charles III susulan kemangkatan ibundanya. Pegawai Istana Buckingham di London mengesahkan Putera Charles, 73, ditabal sebagai Raja berkuatkuasa serta-merta iaitu Raja pertama dengan gelaran itu, yang menduduki takhta sejak 1685. Ia susulan kemangkatan Ratu Elizabeth II, iaitu monarki Britain yang paling lama bertakhta dalam sejarah negara itu, pada usia 96 tahun Raja Charles, dalam ucapan pertamanya, menyifatkan kemangkatan Ratu Elizabeth sebagai saat paling sedih bagi baginda dan seluruh ahli keluarganya. “Kami berkabung atas…

Read More

Restu terakhir buat seorang Perdana Menteri

PERDANA Menteri Britain, Liz Truss turut berdukacita dengan kemangkatan Ratu Elizabeth II yang bukan sahaja menjadi inspirasi kepada dirinya malahan bagi kebanyakan warga Britain. Sambil menyifatkan ia satu kehilangan besar dengan meninggalkan satu warisan hebat, beliau berkata perkhabaran itu amat mengejutkan bukan sahaja kepada Britain tetapi juga dunia. Lebih tersentuh dengan pemergian itu, Truss mengimbau kembali restu yang diberi oleh pemerintah itu kepadanya sebagai Perdana Menteri Britain Ke-15. “Awal minggu ini, pada usia 96 tahun, beliau tetap bertekad untuk menjalankan tugasnya sambil melantik saya sebagai Perdana Menterinya yang ke-15,” kata…

Read More

Britain berkabung, bendera separuh tiang

SEMUA stesen televisyen dan radio di United Kingdom (UK) turut berkabung dengan kemangkatan Ratu Elizabeth dengan menyiarkan pelbagai program mengimbau kembali riwayat kehidupan baginda. Lagu kebangsaan ‘God Save the Queen’ dimainkan berulang kali, bendera dikibarkan separuh tiang manakala loceng gereja terus berbunyi bagi memperingati wanita yang pernah dikenali sebagai ‘Monarki Global Terakhir’. Tempoh berkabung kebangsaan akan diteruskan sehingga upacara awam terakhir di Westminster Abbey di tengah London. Serentak pengumuman kemangkatan itu juga bendera di United Kingdom (UK) dan seluruh Komanwel diturunkan separuh tiang, sementara semua jadual siaran televisyen dan radio…

Read More

“Tiada siapa akan hidup selamanya..”

RATU Elizabeth II menaiki takhta pada 8 Februari 1952 pada usia 25 tahun selepas kemangkatan bapanya, Raja George VI, pada 6 Februari 1952. Baginda mewarisi takhta United Kingdom (UK) sejurus selepas Perang Dunia Kedua, menyertai pentas dunia yang dikuasai tokoh politik seperti Mao Zedong dari China sehingga pemimpin Kesatuan Soviet, Joseph Stalin dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Dwight D Eisenhower. Sepanjang 70 tahun, di atas takhta,  baginda merentasi dua abad yang penuh pergolakan sosial, politik dan teknologi. Baginda menyaksikan keruntuhan empayar British yang tersebar luas hampir ke seluruh dunia selain…

Read More