Indonesia tambah 40,920 kes

JAKARTA 2 Mac – Jumlah kes harian positif Covid-19 menunjukkan peningkatan apabila 40,920 kes baharu direkodkan yang terdiri daripada 40,321 kes tempatan dan 599 kes import berbanding 24,728 kes semalam.

Kes kematian juga meningkat apabila 376 orang dilaporkan meninggal dunia berbanding 325 kelmarin.

Berikutan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 5,630,096 dengan jumlah kumulatif 149,036 kematian manakala kes aktif 536,823.

Sebanyak 42,935 pesakit dilaporkan sembuh hari ini melibatkan 42,677 kes tempatan dan 258 kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,944,237 orang pulih daripada Covid-19.

Lima provinsi dengan kesembuhan harian tertinggi adalah Jawa Barat 13,259, diikuti Jawa Timur 5,359, Jawa Tengah 5,119, Jakarta 4,000 dan Banten 3,136

Sementara itu, Jawa Barat merekodkan kes positif harian tertinggi dengan 8,569 diikuti Jawa Timur 4,911,  Jakarta 4,196 , Jawa Tengah 3,890 dan Yogyakarta 2,721.

Bagi kes kematian, sebanyak 28 provinsi merekodkan kematian dengan lima provinsi tertinggi adalah Jawa Tengah dengan 101 kes diikuti Jawa Timur 57, Jawa Barat 39, Jakarta 19 dan Bali 17 kes.

Mengenai program vaksinasi, setakat ini penerima dos pertama bertambah 680 dengan jumlah keseluruhan 190,977,514, dos kedua bertambah 1,191 dengan jumlah 144,506,997 dan 1,680 vaksinasi ketiga dengan kumulatif 10,216,285.

Related posts

Leave a Comment