Raja Charles III ganti Ratu Elizabeth II

BALLATER: Putera tertua dalam kalangan empat anak Ratu Elizabeth II, Putera Charles, hari ini ditabal sebagai Raja Charles III susulan kemangkatan ibundanya.

Pegawai Istana Buckingham di London mengesahkan Putera Charles, 73, ditabal sebagai Raja berkuatkuasa serta-merta iaitu Raja pertama dengan gelaran itu, yang menduduki takhta sejak 1685.

Ia susulan kemangkatan Ratu Elizabeth II, iaitu monarki Britain yang paling lama bertakhta dalam sejarah negara itu, pada usia 96 tahun

Raja Charles, dalam ucapan pertamanya, menyifatkan kemangkatan Ratu Elizabeth sebagai saat paling sedih bagi baginda dan seluruh ahli keluarganya.

“Kami berkabung atas pemergian seorang Raja yang dihormati dan ibu yang amat disayangi.

“Saya pasti pemergiannya akan amat dirasai di seluruh negara, dunia, Komanwel dan semua individu,” titahnya melalui kenyataan yang ditandatangani ‘Yang Mulia Raja’.

Related posts

Leave a Comment