Wanita ketiga sebagai PM Britain

BIODATA RINGKAS PM BRITAIN KE-15 Nama penuh  – Mary Elizabeth Truss dilahirkan pada 26 Julai 1975 di Oxford. – Kawasan Parlimen  South West Norfolk. Graduan dari Universiti Oxford pada 1996 dalam jurusan Falsafah, Politik dan Ekonomi. – Aktif berpolitik sejak di Universiti, khususnya Demokrat Liberal sebelum bertukar ke Parti Konservatif. – Selepas tamat pengajiannya, bekerja di Syarikat Shell kemudian Cable & Wireless. – Pada pilihan raya 2001, Truss adalah calon Tory untuk Hemsworth, West Yorkshire, tetapi kalah dalam pemilihan. Beliau juga kalah dalam pilihan raya 2005. – Pada 2010, beliau…

Read More

Liz Truss PM Britain ke-15

LONDON 5 Sept. – Bekas Menteri Luar, Liz Truss dipilih sebagai Perdana Menteri ke-15 Britain menggantikan Boris Johnson selepas memperoleh 81,326 undi mengalahkan bekas Menteri Kewangan, Rishi Sunak, yang mendapat 60,399 undi. Truss, dalam ucapan ketika pengumuman kemenangannya di sebuah pusat konvensyen di tengah London, menyifatkan “kempen pemilihan umpama ‘temu duga kerja paling lama dalam sejarah’ baginya dan kemenangan itu satu ‘penghormatan’. “Saya berkempen sebagai Konservatif, dan akan mentadbir sebagai Konservatif,” katanya yang turut berjanji menegakkan dasar parti yang mementingkan tanggungjawab dan cukai yang rendah. Kemenangan Truss, 47 menjadikannya wanita…

Read More

Muda sedia kerjasama dengan PH

KUALA LUMPUR 5 Sept. –  Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bersedia untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Menurut laporan Bernama, Syed Saddiq menyatakan demikian ketika ditemui agensi berita itu di luar dewan yang menjadi lokasi Bengkel Tertutup Muda sempena Persidangan Pilihan Raya Muda. esok. Sebelum ini, media melaporkan isu penyertaan Muda ke dalam PH, tidak berbangkit buat masa ini walaupun kepimpinan parti baharu itu kerap menyertai program anjuran PH. Pengerusi PH yang juga Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim,…

Read More

Agihan kerusi PN belum muktamad

PADANG BESAR 5 Sept. – Perikatan Nasional (PN) belum memuktamadkan pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) walaupun perbincangan dalam kalangan parti komponen telah diadakan. Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Hamzah Zainuddin berkata, perbincangan itu turut melibatkan Pas dan Gerakan. “Kita sudah pun ada perbincangan,” katanya ketika ditemui di luar Dewan Harumanis di Pusat Latihan Penjara (PULAPEN) Pusat Koreksional Perlis, Kok Klang, Chuping, di sini hari ini. Baru-baru ini, dalam Muktamar Pas ke-68 yang berlangsung di Kompleks Pas Alor Setar, Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Muhammad…

Read More

Kunjungan TPM Singapura

PUTRAJAYA 5 Sept. –  Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura Lawrence Wong di Perdana Putra di sini. Wong tiba di Malaysia semalam untuk lawatan rasmi empat hari dan ini merupakan lawatan sulung Wong ke Malaysia selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri republik itu pada Jun 2022. Dalam pertemuan hampir sejam itu yang bermula pukul  5.30 petang itu, Ismail Sabri mengucapkan tahniah kepada Wong atas pelantikan beliau. Kedua-dua pemimpin mengulangi komitmen mereka untuk terus memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Singapura…

Read More

Indikator Covid-19 tunjuk penurunan

PUTRAJAYA 5 Sept. – Kebanyakan indikator berkaitan Covid-19 terus menunjukkan penurunan tanpa perubahan besar sejak sebulan lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata bagi Minggu Epidemiologi (ME) 35/2022 atau dari 28 Ogos sehingga Sabtu lalu, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital tidak berubah. Katanya, kemasukan pesakit kategori satu dan dua berkurangan 9.4 peratus manakala pesakit kategori tiga hingga lima menyusut 3.6 peratus. Penggunaan katil bukan kritikal turun satu peratus, di unit rawatan rapi (ICU) meningkat satu peratus dan kegunaan katil di Pusat Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah…

Read More

Muda sertai PH belum dibincang

KUALA LUMPUR 5 Sept. – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) belum membincangkan penyertaan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) ke dalam PH walaupun pimpinan parti baharu itu kerap menyertai program anjuran PH. Pengerusi PH, yang juga Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, berkata isu penyertaan Muda ke dalam PH tidak pernah disentuh dalam mesyuarat Majlis Presiden PH tetapi kerjasama dan perbincangan dengan Muda berjalan baik. Bagaimanapun, katanya, kerjasama dan perbincangan antara PH dengan parti pimpinan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu berjalan baik ketika ini. “Soal kerjasama dan perbincangan tiada…

Read More

Pas ‘king maker’ pendekatan berbahaya

KUALA LUMPUR 5 Sept. – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, menyifatkan pendirian Pas yang mahu menjadi ‘king maker’ (penentu kerajaan) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), sebagai pendekatan berbahaya. Beliau yang juga Presiden PKR dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, pendirian itu mengundang amalan ugut-mengugut dalam membentuk kerajaan. Katanya, rakyat mahukan parti politik yang mampu mengemukakan dasar yang jelas, bukan sekadar melaungkan slogan Islam dan mahu menjadi king maker semata-mata. “Itu satu pendekatan yang berbahaya kerana akan memberikan ugutan. King maker maknanya (ugut) kami nak sekian-sekian menteri, kedudukan, seperti mana yang…

Read More

80 kerusi belum dimuktamadkan – Pas

KUALA LUMPUR 5 Sept. – Belum muktamad. Itu penjelasan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung kenyataan seorang pemimpin Pas semalam iaitu Pas bertanding 80 kerusi dan menang 40 dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Beliau menjelaskan 80 kerusi itu bukan jumlah yang mahu ditandingi, sebaliknya ia adalah kerusi yang dipantau Pas. Kenyataan itu merujuk kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Muhammad Sanusi Md Nor semalam, yang memaklumkan parti itu menyasarkan untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada PRU-15. Menurut Tuan Ibrahim, Pas masih belum memuktamadkan jumlah sebenar kerusi…

Read More

Hukum, pengampunan tidak sewenang-wenang

KUANTAN 5 Sept. – Kuasa menghukum dan memberi pengampunan tidak wajar digunakan sewenang-wenangnya kerana ia bakal dipertanggungjawabkan kelak pada hari kemudian. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, undang-undang yang tidak dilaksanakan secara konsisten dan adil akan menjurus kepada penindasan dan kezaliman dalam sistem pemerintahan. “Ketidakadilan pelaksanaan undang-undang juga akan menyebabkan pihak yang lemah menjadi mangsa kepada pihak yang memiliki kuasa,” titah baginda pada majlis perasmian dan pemasyhuran Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Pahang, Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah, di sini, hari ini. Menurut baginda, keadilan tidak akan tercapai…

Read More