Muda sedia kerjasama dengan PH

KUALA LUMPUR 5 Sept. –  Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bersedia untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menurut laporan Bernama, Syed Saddiq menyatakan demikian ketika ditemui agensi berita itu di luar dewan yang menjadi lokasi Bengkel Tertutup Muda sempena Persidangan Pilihan Raya Muda. esok.

Sebelum ini, media melaporkan isu penyertaan Muda ke dalam PH, tidak berbangkit buat masa ini walaupun kepimpinan parti baharu itu kerap menyertai program anjuran PH.

Pengerusi PH yang juga Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, dipetik berkata isu penyertaan Muda ke dalam PH tidak pernah disentuh dalam mesyuarat Majlis Presiden PH, setakat ini.

Syed Saddiq turut menjelaskan pada persidangan itu nanti, Muda akan melantik dan mengumumkan Pengarah Pilihan Raya serta Jawatankuasa Pilihan Raya sebagai persiapan menghadapi PRU-15.

Parti itu juga mahu lebih ramai wanita berada di barisan hadapan dalam proses penentuan calon menggerakkan jentera pilihan raya.

Related posts

Leave a Comment