Wanita ketiga sebagai PM Britain

BIODATA RINGKAS PM BRITAIN KE-15

Nama penuh  – Mary Elizabeth Truss dilahirkan pada 26 Julai 1975 di Oxford.

– Kawasan Parlimen  South West Norfolk.

  • Graduan dari Universiti Oxford pada 1996 dalam jurusan Falsafah, Politik dan Ekonomi.

– Aktif berpolitik sejak di Universiti, khususnya Demokrat Liberal sebelum bertukar ke Parti Konservatif.

– Selepas tamat pengajiannya, bekerja di Syarikat Shell kemudian Cable & Wireless.

– Pada pilihan raya 2001, Truss adalah calon Tory untuk Hemsworth, West Yorkshire, tetapi kalah dalam pemilihan. Beliau juga kalah dalam pilihan raya 2005.

– Pada 2010, beliau dimasukkan dalam ‘senarai’ calon pemimpin Konservatif di bawah pimpinan David Cameron.

– Pada September 2021, Boris Johnson telah menaikkan pangkat Truss daripada Setiausaha Perdagangan Antarabangsa kepada Setiausaha Luar Bagi Hal Ehwal Luar Negara, Komanwel dan pembangunan.

– Beliau merupakan wanita kedua yang dilantik sebagai Setiausaha Luar bagi negara itu.

Related posts

Leave a Comment