PRU15 pilihan raya terpenting

IPOH 28 Ogos – Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah pilihan raya yang terpenting bagi memastikan negara kembali berada di landasan yang betul, kata Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Dr Mahathir Mohamad.

Beliau mahu pengundi mengundi memilih parti yang baik bukannya mereka yang menyalahgunakan kuasa seperti berlaku sebelum ini.

“Sebab itulah kita jangan salah gunakan kuasa kita, kuasa mengundi. Apabila kita ada pilihan raya, undilah parti yang baik dan tolaklah parti penyangak, parti yang menipu, yang mencuri duit dan sebagainya,” kata Dr Mahathir.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perasmian Jelajah Sayang Bangsa di Jalan Pasir Putih, di sini, malam tadi.

Menurut Dr Mahathir, pihaknya akan mendedahkan lebih banyak kesalahan yang dilakukan kerajaan sekarang dengan buktinya sekali.

Beliau berharap mereka akan dihadapkan ke mahkamah dan menerima hukuman yang sewajarnya.

Katanya, parti Pejuang dan Gerakan Tanah Air akan terus berjuang untuk semua rakyat Malaysia, termasuk kaum-kaum lain di negara ini.

Related posts

Leave a Comment