Sedih Melayu terus bercakaran

PASIR GUDANG 28 Ogos – Pertubuhan Warisan Melayu Negeri Johor sedih melihat pemimpin Melayu terus bercakaran sesama sendiri dan berebut kuasa berbanding membela nasib rakyat terutama anak bangsa yang masih ketinggalan dan miskin.

Pengerusinya, Abd Rahman Yunos, berkata tindakan sedemikian akhirnya merugikan, malah tidak menguntungkan mana-mana pihak.

Beliau berkata, golongan terbabit lebih mengutamakan kepentingan diri dan kelompok mereka tanpa memikirkan apa yang sedang berlaku.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang dan pemberian sumbangan kepada anak yatim di Bandar Seri Alam, di sini semalam.

Abd Rahman juga mengajak pemimpin-pemimpin Melayu agar mengambil iktibar daripada kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Najib Razak dan menjadikannya sebagai pengajaran.

Katanya, pemimpin tidak boleh beranggapan mereka kebal daripada tindakan undang-undang jika melakukan kesalahan.

“Mahkamah sudah membuat keputusan. Kalau kita tidak hormat (keputusan mahkamah), apa maknanya kita ada Rukun Negara dan undang-undang,” katanya.

Related posts

Leave a Comment