Muhyiddin jelas isu ‘buka pintu rundingan’

PUTRAJAYA 29 Ogos – Pandangan Perikatan Nasional (PN) supaya semua pimpinan parti pembangkang mempertimbangkan membuka semula pintu rundingan bersama gabungan itu, dibuat demi memastikan masa depan negara yang lebih selamat. Pengerusinya, Muhyiddin Yassin, berkata ia juga bertujuan mengelak negara daripada terus terjerumus dalam kancah kleptokrasi, rasuah serta salah guna kuasa yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN). Katanya apa yang disuarakan PN itu juga berdasarkan kepada kebimbangan yang disuarakan rakyat ketika ini, jauh sekali demi kepentingan politik gabungan itu. Sehubungan itu, beliau menyifatkan kenyataan Rafizi Ramli bahawa Pakatan Harapan (PH) kekal…

Read More

Floria Diraja Putrajaya 2022 bermula

PUTRAJAYA 29 Ogos – Anjung Floria di Presint 4 bertukar menjadi hamparan bunga terbesar sepanjang tujuh hari penganjuran Floria Diraja Putrajaya 2022 yang bermula hari ini sehingga 4 September ini. Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, merasmikan Floria Diraja Putrajaya 2022 dan melawat tapak festival di Anjung Floria yang mempamerkan pelbagai spesies dan kultivar bunga-bungaan serta tanaman hiasan. Keberangkatan tiba Tunku Azizah disambut Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Shahidan Kassim. Seri Paduka berkenan meluangkan masa lebih sejam melawat sekitar tapak festival. dan turut dipersembahkan dengan spesies orkid Philonopsis daripada…

Read More

Noktah, PH tolak kerjasama dengan PN

SEREMBAN 29 Ogos – Mesyuarat terbaru Pakatan Harapan (PH) pada Rabu lalu memuktamadkan pendirian untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan Perikatan  Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang. Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, berkata mesyuarat PH sudah membuat keputusan noktah, yang bermaksud PH akan terus berkempen dan masuk pilihan raya sebagai PH. “Kita sedia maklum sentimen rakyat, sebab sentimen rakyat bukan soal siapa berkuasa, rakyat nak satu pembawaan yang benar-benar berjuang untuk mereka,” katanya selepas program Jelajah Trak Ayuh Malaysia di kawasan letak kereta Stadium Tuanku Abdul…

Read More

Tuduhan ekoran ugutan bubar UMNO

KUALA LUMPUR 29 Ogos – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkata tuduhan jenayah yang dikenakan terhadapnya adalah ekoran ugutan yang dibuat Dr Mahathir Mohamad supaya beliau membubarkan UMNO. “Jika saya tidak berbuat demikian, sesuatu akan dilakukan terhadap saya, kata Ahmad Zahid dalam pemeriksaan semula oleh peguamnya, Ahmad Zaidi Zainal, ketika membela diri terhadap kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana milik Yayasan Akalbudi. Menurut Ahmad Zahid, ugutan diterima daripada Dr Mahathir tidak spesifik mengenai perkara berkaitan Yayasan Akalbudi sebaliknya ia berhubung jawatan yang dipegangnya dalam parti…

Read More

19 isu penting dikenal pasti

KUCHING 29 Ogos – Laporan akhir pasukan petugas khas siasatan terhadap dakwaan dalam buku “My Story: Justice in the Wilderness” mengenal pasti 19 isu penting daripada buku itu yang memerlukan perhatian lanjut pihak kerajaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata laporan berkaitan buku tulisan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas itu akan dibentangkan kepada jemaah Menteri tidak lama lagi. Beliau berkata, pasukan petugas khas itu yang dipengerusikan oleh Penasihat Undang-undang Kerajaan Sarawak, Fong Joo Chung ditubuhkan bagi membuat kajian awal berhubung dakwaan yang…

Read More

Pendakwaan terpilih bermotif politik?

KUALA LUMPUR 29 Ogos – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi, Pakatan Harapan (PH) melakukan pendakwaan terpilih yang bermotifkan politik terhadap dirinya dan lebih 20 ahli politik Barisan Nasional (BN) yang lain selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Ketika membela diri terhadap 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram, Ahmad Zahid berkata beliau menyedari pada 9 Mei 2018 iaitu apabila BN gagal membentuk kerajaan, beliau dan pemimpin lain didakwa di mahkamah atas kes jenayah. Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO juga mendakwa pada…

Read More

Hakim perlu bebas pengaruh, tekanan

IPOH 29 Ogos – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah, hakim adalah watak penting dalam sistem penghakiman dan mempunyai peranan besar serta menjadi simbol dalam memastikan kredibiliti dan kewibawaan institusi kehakiman. Titah baginda, sistem penghakiman yang telus menggambarkan proses keadilan yang berwibawa dan tidak dibayangi dengan perasaan gusar dan gentar pada sesiapa. “Sebarang bentuk keraguan perlu dihindarkan dan seorang hakim itu perlu bebas daripada sebarang pengaruh mahupun tekanan,” titah Sultan Nazrin sewaktu melancarkan Jurnal Syariah Perak Al-Qanun Vol 1 2022, hari ini. Menurut baginda, dalam usaha mewujudkan Institusi Kehakiman Syariah…

Read More

Pilihan raya Kuwait 29 September

KUWAIT: Selepas membubarkan Parlimen awal bulan ini, Kuwait akan mengadakan pilihan raya pada 29 September ini dalam usaha menyelesaikan perselisihan politik antara kerajaan dan badan perundangan yang dipilih. Putera Mahkota Sheikh Meshal al-Ahmad al-Sabah mengeluarkan dekri meminta pengundi memilih barisan kepemimpinan baharu bagi mengisi 50 kerusi Parlimen. Sheikh Meshal membubarkan Parlimen awal bulan ini dengan berkata politik negara dicemari perselisihan faham dan kepentingan peribadi sehingga menjejaskan negara sekutu Amerika Syarikat (AS) itu dan pengeluar minyak OPEC. Beliau mengambil langkah itu berikutan bantahan puluhan Ahli Parlimen yang mendesak Putera Mahkota untuk…

Read More

Selesema burung di ladang itik

PARIS: Perancis mengesan selesema burung tahap patogenik tinggi, influenza unggas, di sebuah ladang itik di wilayah Ain, timur negara itu menyebabkan , 10,600 ekor itik dilupuskan. Menurut laporan media tempatan, Jabatan Perkhidmatan Negara (Pengarah Jabatan Perlindungan Penduduk) Ain memaklumkan jangkitan berpunca daripada varian virus H5N1 berlaku di ladang itik di Saint-Nizier-le-Desert. Siasatan epidemiologi kini sedang dijalankan berikutan kewujudan jangkitan selesema burung susulan kadar kematian luar biasa dalam kalangan itik ternakan. Sejak November tahun lalu, Perancis melaporkan lebih 1,300 kluster virus patogenik tinggi dan mengarahkan pelupusan 20 juta unggas manakala dalam…

Read More