Putra bantu perjuangan selamatkan negara

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) akan membantu Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam usaha menyelamatkan negara ini dari punah ranah oleh pihak-pihak berkepentingan dan tidak bertanggungjawab. Presiden Putra Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali berkata, Putra akan mengemukakan beberapa agenda utama perjuangan parti itu melalui Gerakan Tanah Air (GTA) yang dipimpin oleh Dr Mahathir dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Katanya, walaupun Putra parti kais pagi makan pagi dan miskin tetapi semangat Putra bersih serta berintegriti yang menjadi asas perjuangan nasionalisme Islam. “Dulu orang Melayu ada…

Read More

Pilihan raya paling sukar

GUA MUSANG 30 Ogos  – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah pilihan raya paling sukar buat semua parti yang bertanding susulan pelbagai masalah yang dihadapi rakyat. Beliau juga menjangkakan tidak ada parti politik yang akan memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan dalam PRU-15 nanti. “Saya rasa BN (Barisan Nasional) pun berada dalam keadaan begitu, apatah lagi dengan berbagai-bagai skandal dan masalah yang dihadapinya. Saya rasa kemungkinan pilihan raya ini bukan menyelesaikan masalah tetapi akan menimbulkan banyak lagi masalah,” katanya ditemui selepas merasmikan…

Read More

Kes harian turun bawah 2,000

PUTRAJAYA 30 Ogos – Kes jangkitan harian Covid-19 di negara ini menunjukkan penurunan dengan mencatatkan bawah 2,000 iaitu sebanyak 1,946 semalam, berbanding 2,191 kes kelmarin. Menerusi laman sesawang COVIDNOW, kes baharu itu membabitkan 1,945 kes penularan tempatan dan satu kes impor menjadikan sehingga kini jumlah keseluruhan angka jangkitan di negara ini meningkat kepada 4,778,140 kes. Sehingga kini, negara masih mempunyai 31,568 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dan daripada jumlah itu, 95.5 peratus atau 30,163 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah. Selain itu sebanyak 4.2 peratus bersamaan 1,312 kes sedang…

Read More

Keperluan kurang gaji penjawat awam

SEOUL 30 Ogos – Terdapat keperluan untuk mengurangkan gaji penjawat awam bagi menangani inflasi di Korea Selatan sementara firma swasta pula digesa mengelak menaikkan gaji secara berlebihan. Perdana Menteri, Han Duck-soo, berkata penjawat awam harus membenarkan gaji mereka dipotong untuk mengukuhkan dasar fiskal. Bercakap pada persidangan di Parlimen, beliau berkata “Setiap orang perlu mengorbankan bahagian mereka” apabila kadar inflasi yang melambung tinggi datang dari kedua-dua bahagian penawaran dan permintaan. Menteri Kewangan Choo Kyung-ho pula menggesa firma swasta untuk mengelakkan daripada menaikkan gaji secara berlebihan dan memberi amaran bahawa kenaikan gaji…

Read More

Thailand,Vietnam setuju naik harga beras

BANGKOK 29 Ogos  – Thailand dan Vietnam bersetuju untuk bekerjasama bagi menaikkan harga beras bagi pasaran global, yang antara lain bertujuan menambah baik pendapatan masyarakat luar bandar. Menurut laporan agensi berita, keputusan itu dicapai setelah perbincangan selama berbulan-bulan. Menurut seorang pegawai pertanian Thailand, ini adalah kali pertama kedua-dua negara yang mengadakan perbincangan sejak Mei lalu bersetuju untuk bekerjasama bagi menaikkan harga beras pasaran global. Menurut para pegawai Thailand, ketika itu, matlamatnya adalah untuk menaikkan harga eksport beras masing-masing, meningkatkan kehadiran mereka di pasaran global dan juga pendapatan petani. Kedua-dua negara…

Read More

Singapura tarikh balik kuih bulan Malaysia

SINGAPURA 29 Ogos – Agensi Makanan Singapura (SFA) telah mengesan kehadiran E. Coli, melebihi had mikrob yang dibenarkan seperti termaktub dalam Peraturan Makanan Singapura, dalam produk kuih bulan yang diimport dari Malaysia. Sebagai langkah berjaga-jaga, SFA telah mengarahkan pengimport, Easy Mix Pte Ltd, untuk menarik balik produk terbabit – My Mum’s Cookies Premium Mao Shan Wang Snowskin Mooncake (Vegan) – dari pasaran. Langkah untuk menarik balik produk itu sedang dilakukan,” menurut SFA di laman Facebooknya pada Isnin. SINGAPURA 29 Ogos – Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan supaya kek bulan My…

Read More

RPO lapor polis gambar tular

JOHOR BAHRU 30 Ogos – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sekali lagi menitahkan Royal Press Office (RPO) membuat laporan polis berhubung gambar tular yang dikaitkan dengan ‘kerajaan UMNO’. RPO sebelum ini pernah membuat laporan polis berhubung penyebaran kenyataan palsu berkenaan. Gambar tular itu memaparkan baginda dan bendera Johor, dengan kenyataan palsu tertera ‘kerajaan UMNO perlu berhenti memperdayakan rakyat Malaysia dengan segala alasan dan tipu helah’. Baginda menegaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti itu sebaliknya ia adalah kenyataan palsu disebarkan secara berterusan oleh pihak tidak bertanggungjawab melalui pelbagai aplikasi media…

Read More

Kekuatan gabungan PN mencukupi

KUALA TERENGGANU 29 Ogos – Kekuatan empat parti dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) – Bersatu, Pas, Gerakan dan Star sudah mencukupi dalam usaha untuk menewaskan Barisan Nasional (BN). Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Razali Idris, berkata PN juga tidak  bergantung sepenuhnya kepada Pakatan Harapan (PH) untuk menentang BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Beliau menjelaskan, saranan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin agar semua pimpinan parti pembangkang mempertimbang untuk membuka semula pintu rundingan, hanya untuk mencari kesepakatan bagi mengelak BN kembali berkuasa serta mengulangi amalan didakwa salah guna kuasa dan…

Read More