Pilihan raya Kuwait 29 September

KUWAIT: Selepas membubarkan Parlimen awal bulan ini, Kuwait akan mengadakan pilihan raya pada 29 September ini dalam usaha menyelesaikan perselisihan politik antara kerajaan dan badan perundangan yang dipilih.

Putera Mahkota Sheikh Meshal al-Ahmad al-Sabah mengeluarkan dekri meminta pengundi memilih barisan kepemimpinan baharu bagi mengisi 50 kerusi Parlimen.

Sheikh Meshal membubarkan Parlimen awal bulan ini dengan berkata politik negara dicemari perselisihan faham dan kepentingan peribadi sehingga menjejaskan negara sekutu Amerika Syarikat (AS) itu dan pengeluar minyak OPEC.

Beliau mengambil langkah itu berikutan bantahan puluhan Ahli Parlimen yang mendesak Putera Mahkota untuk melantik kepemimpinan baharu kerajaan.

Krisis politik itu menyaksikan penangguhan kelulusan belanjawan untuk tahun fiskal 2022/2023 dan reformasi ekonomi lain.

Kestabilan politik di Kuwait bergantung kepada kerjasama antara kerajaan dan Parlimen.

Kuwait mengharamkan parti politik tetapi memberikan pengaruh yang lebih besar kepada badan perundangannya berbanding monarki Teluk yang lain.

Related posts

Leave a Comment