Selesema burung di ladang itik

PARIS: Perancis mengesan selesema burung tahap patogenik tinggi, influenza unggas, di sebuah ladang itik di wilayah Ain, timur negara itu menyebabkan , 10,600 ekor itik dilupuskan.

Menurut laporan media tempatan, Jabatan Perkhidmatan Negara (Pengarah Jabatan Perlindungan Penduduk) Ain memaklumkan jangkitan berpunca daripada varian virus H5N1 berlaku di ladang itik di Saint-Nizier-le-Desert.

Siasatan epidemiologi kini sedang dijalankan berikutan kewujudan jangkitan selesema burung susulan kadar kematian luar biasa dalam kalangan itik ternakan.

Sejak November tahun lalu, Perancis melaporkan lebih 1,300 kluster virus patogenik tinggi dan mengarahkan pelupusan 20 juta unggas manakala dalam tempoh musim luruh 2020 hingga musim bunga 2021, 500 kluster virus patogenik tinggi selesema burung dikesan, memaksa 3.5 juta unggas dilupuskan di Perancis.

Related posts

Leave a Comment