Azalina masih Penasihat Khas PM

KUALA LUMPUR 31 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Azalina Othman Said menjelaskan beliau masih Penasihat Khas Perdana Menteri (Undang-undang dan Hak Asasi Manusia). “Saya ingin mengesahkan bahawa setakat 31 Ogos 2022, saya masih berkhidmat sebagai Penasihat Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia,” tulisnya sambil mengucapkan Selamat Hari Merdeka ke-65. Ahli Parlimen Pengerang itu yang menjadi tumpuan selepas didakwa seperti menyindir Ismail Sabri Yaakob berkaitan isu pelantikan Peguam Negara (AG) menyatakan demikian dalam hantaran ringkas di Facebooknya, hari ini. Semalam, tular di media sosial mendakwa bekas Ketua Puteri UMNO…

Read More

Penularan cacar monyet makin perlahan

COPENHAGEN: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), melaporkan epidemik cacar monyet menunjukkan tanda ‘menggalakkan’ dengan penularan dilihat semakin perlahan di Eropah dan sedang menuju ‘ke arah yang betul’. Menurut Pengarah Serantau WHO bagi Eropah, Hans Kluge, terdapat tanda awal yang menggalakkan, seperti di Perancis, Jerman, Portugal, Sepanyol, United Kingdom (UK) dan negara lain bahawa wabak itu mungkin semakin perlahan. ‘Ia sedang menuju ke arah yang betul. Namun untuk menghapuskannya, kita perlu meningkatkan usaha dengan segera,” katanya kepada pemberita. Dalam kalangan 53 negara bawah rantau Eropah WHO, termasuk Rusia dan negara di Asia…

Read More

Ucapan tahniah dari Iran

PUTRAJAYA 30 Ogos – Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob berharap operasi penerbangan Mahan Air yang berpangkalan di Iran ke Kuala Lumpur dapat disambung semula secepat mungkin. Justeru beliau berharap isu pemberhentian operasi Mahan Air  sejak 13 Ogos lalu berikutan isu teknikal membabitkan pengisian bahan api di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dapat diselesaikan segera. Beliau berkata, perkara itu dibincangkan bersama Presiden Iran, Seyyed Ebrahim Raisi hari ini ketika menerima panggilan telefon daripadanya. Semua penerbangan terus dari Iran ke Malaysia dihentikan sepenuhnya susulan tidak dibenarkan lagi untuk mengisi bahan api…

Read More

DUN 3 negeri kekal sebelum Mac

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Kerajaan Pas yang menerajui Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal daripada Mac tahun depan, kata Setiausaha Agung parti itu, Takiyuddin Hassan. Keputusan itu adalah hasil Mesyuarat Jawatankuasa Harian yang diadakan semalam dan akan turut diberikan tumpuan semasa Muktamar Tahunan Pas Ke-68 yang akan diadakan di Alor Setar, Kedah pada 3 hingga 4 September ini. “Keputusan itu atas dasar buat masa ini penumpuan yang lebih perlu diberikan kepada aspek pemulihan dalam kehidupan rakyat terutama di bidang perekonomian selain kesihatan,”…

Read More

Nafi wujud ugutan pecat

PUTRAJAYA 30 Ogos – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menafikan wujud ugutan dan desakan supaya beliau dipecat sebagai Naib Presiden UMNO sekiranya tidak menunaikan permintaan parti membubarkan Parlimen secepat mungkin. Ahli Parlimen Bera itu berkata, perbincangan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berlangsung dalam keadaan mesra. “Tak ada apa. Kita bincang dalam keadaan mesra. “Tak ada isu, kadang-kadang orang luar melihat lain daripada apa yang berlaku di dalam,” katanya selepas Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 (MAPPA XVIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini. Perdana…

Read More

RM1.5 juta biasiswa 13 pelajar cemerlang

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menawarkan biasiswa berjumlah RM1.5 juta kepada 13 pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran di Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU). Inisiatif  itu beraspirasikan matlamat untuk meningkatkan kesiapsiagaan digital seiring dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) menerusi pendedahan realiti dan praktikal untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dengan asas pendidikan tertinggi bagi mendepani cabaran era digitalisasi. Usaha itu direalisasikan menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Felda melalui Yayasan Felda dan APU bagi menyediakan program pendidikan ‘Global Digital Leadership (GDL)’ yang merangkumi…

Read More

Indikator Covid-19 tunjuk penurunan

PUTRAJAYA 30 Ogos – Kebanyakan indikator Covid-19 di negara ini terus menunjukkan penurunan, termasuk kemasukan pesakit ke fasiliti kesihatan pada Minggu Epidemiologi 34/2022 (ME) atau dalam tempoh 21 Ogos hingga Sabtu lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan berkata jumlah kemasukan pesakit Covid-19 kategori satu dan dua ke hospital menurun sebanyak 15.8 peratus. Bagi kemasukan pesakit kategori tiga hingga lima, ia menunjukkan penurunan sebanyak 15.2 peratus manakala penggunaan katil bukan kritikal menurun tiga peratus, manakala katil di unit rawatan rapi (ICU) menurun dua peratus. Ia disusuli…

Read More

Khabar gembira bagi penjawat awam

PUTRAJAYA 30 Ogos – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan beberapa inisiatif baharu untuk penjawat awam, termasuk tambahan khas RM100 dalam Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dan Bantuan Khas Kewangan (BKK). Beliau berkata, KGT tambahan khas sebanyak RM100 itu adalah bagi penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 dan akan dibayar mulai Januari 2023, yang akan membabitkan kira-kira 1.28 juta penjawat awam serta implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion. “Sebagai contoh, sebelum ini kadar KGT bagi gred 11 adalah RM80, maka pada 2023, beliau akan menerima kadar KGT asas sebanyak RM80…

Read More

“Semangat kita bukan kerana duit”

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Gerakan Tanah Air (GTA) mempunyai “plan B” jika ada yang menghalang untuk gerakan itu bertanding pada Pilihan Raya Umum nanti, kata Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau yang tidak menyatakan plan B itu merujuk isu kelulusan pendaftaran Bersatu dan Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. Justeru Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pejuang mengajak orang Melayu memberi sokongan kepada GTA yang akan menurunkan calon-calonnya yang terdiri daripada empat parti – Putra, Iman, Berjasa, Pejuang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Katanya, Pejuang yang diterajuinya…

Read More