RPO lapor polis gambar tular

JOHOR BAHRU 30 Ogos – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sekali lagi menitahkan Royal Press Office (RPO) membuat laporan polis berhubung gambar tular yang dikaitkan dengan ‘kerajaan UMNO’.

RPO sebelum ini pernah membuat laporan polis berhubung penyebaran kenyataan palsu berkenaan.

Gambar tular itu memaparkan baginda dan bendera Johor, dengan kenyataan palsu tertera ‘kerajaan UMNO perlu berhenti memperdayakan rakyat Malaysia dengan segala alasan dan tipu helah’.

Baginda menegaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti itu sebaliknya ia adalah kenyataan palsu disebarkan secara berterusan oleh pihak tidak bertanggungjawab melalui pelbagai aplikasi media sosial.

Dalam hantaran terbaru melalui media sosial baginda, hari ini, Sultan Ibrahim menegaskan, segala kenyataan atau laporan berita berkaitan baginda atau keluarga diraja Johor hanya akan dikeluarkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor, iaitu Royal Press Office.

Related posts

Leave a Comment