Singapura tarikh balik kuih bulan Malaysia

SINGAPURA 29 Ogos – Agensi Makanan Singapura (SFA) telah mengesan kehadiran E. Coli, melebihi had mikrob yang dibenarkan seperti termaktub dalam Peraturan Makanan Singapura, dalam produk kuih bulan yang diimport dari Malaysia.

Sebagai langkah berjaga-jaga, SFA telah mengarahkan pengimport, Easy Mix Pte Ltd, untuk menarik balik produk terbabit – My Mum’s Cookies Premium Mao Shan Wang Snowskin Mooncake (Vegan) – dari pasaran.

Langkah untuk menarik balik produk itu sedang dilakukan,” menurut SFA di laman Facebooknya pada Isnin.

SINGAPURA 29 Ogos – Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan supaya kek bulan My Mum’s Cookies Premium Mao Shan Wang Snowskin Mooncakes yang diimport dari Malaysia ditarik balik kerana mengandungi E coli di dalam produknya.

Dalam satu kenyataan media hari ini, SFA menyatakan ia mengesan E coli pada paras yang “melebihi had mikrob” bagi makanan sedia dimakan di dalam produk tersebut, seperti dinyatakan dalam Peraturan Makanan Singapura.

Produk yang terjejas adalah kek bulan My Mum’s Cookies Premium Mao Shan Wang Snowskin Mooncake (Vegan) dengan nombor kelompok 23GBB-400 dan mempunyai tarikh luput 31 Disember 2022.

Sebagai langkah berjaga-jaga, SFA sudah mengarahkan pengimport Easy Mix menarik balik produk yang terjejas dan langkah tersebut sedang dijalankan.

E coli adalah sejenis bakteria yang lazimnya dikesan dalam usus manusia dan haiwan. Walaupun kebanyakan spesies bakteria itu tidak berbahaya, sesetengah jenis boleh menyebabkan cirit-birit, sakit perut, kekejangan dan demam.

Individu mudah terjejas yang mempunyai sistem imun lemah mungkin mengalami gejala yang lebih teruk.

SFA menasihatkan pengguna yang sudah membeli produk terjejas itu tidak harus mengambilnya dan bagi yang sudah berbuat demikian boleh mendapatkan nasihat doktor jika berasa bimbang kesihatan diri.

Related posts

Leave a Comment