Thailand,Vietnam setuju naik harga beras

BANGKOK 29 Ogos  – Thailand dan Vietnam bersetuju untuk bekerjasama bagi menaikkan harga beras bagi pasaran global, yang antara lain bertujuan menambah baik pendapatan masyarakat luar bandar.

Menurut laporan agensi berita, keputusan itu dicapai setelah perbincangan selama berbulan-bulan.

Menurut seorang pegawai pertanian Thailand, ini adalah kali pertama kedua-dua negara yang mengadakan perbincangan sejak Mei lalu bersetuju untuk bekerjasama bagi menaikkan harga beras pasaran global.

Menurut para pegawai Thailand, ketika itu, matlamatnya adalah untuk menaikkan harga eksport beras masing-masing, meningkatkan kehadiran mereka di pasaran global dan juga pendapatan petani.

Kedua-dua negara itu menyumbang sekitar 10 peratus daripada pengeluaran global bagi beras kasar dan membentuk kira-kira 26 peratus eksport global.

Related posts

Leave a Comment