247 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 22 Ogos – Sebanyak 247 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam yang meliputi 238 ujian ART yang dimuatnaik ke aplikasi BruHealth manakala sembilan lagi hasil 284 ujian makmal RT-PCR. Menteri Kesihatan, Dr. Md Isham Jaafar berkata, terdapat satu kes dalam kategori 5 yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU)dan tiga kes dalam Kategori 4 iaitu yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Dalam tempoh satu minggu kebelakangan ini jumlah kes Covid-19  menunjukkan pengurangan dengan kadar purata kes pada minggu ini ialah 283 kes sehari…

Read More

Khairy kunjungi industri kanabis, ketum

BANGKOK 22 Ogos – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin tiba di sini petang ini bagi memulakan lawatan kerja bilateral kesihatan sebelum menghadiri Mesyuarat Peringkat Tertinggi Kesihatan dan Ekonomi APEC pada Khamis ini. Beliau dijadualkan melawat Pejabat Farmaseutikal Kerajaan esok untuk taklimat dasar kanabis termasuk amalan, kaedah penanaman, kajian serta penggunaan kanabis dan ketum bagi tujuan kesihatan di Thailand. Khairy juga dijangka bertemu pemain penting industri kanabis dan ketum di Thailand selain mengunjungi Siam Cannabis Land pada Rabu bagi melihat kaedah penanaman ‘indoor and outdoor’, rumah hijau dan bilik pengeringan. Julai lalu,…

Read More

Dua penjuru simpul mati peluang PH

ALOR SETAR 22 Ogos – Pas Kedah memberi sokongan penuh terhadap strategi satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), satu langkah bersifat kalkulatif bagi menyimpul mati peluang Pakatan Harapan (PH) untuk kembali berkuasa. Ketua Penerangan Pas Kedah, Mohd Azam Abdul Samat, berkata berdasarkan keputusan PRU lalu, didapati gabungan jumlah undi calon Barisan Nasional (BN) dan Pas mampu menyaingi jumlah yang diperoleh oleh calon PH. Beliau berkata, menerusi strategi ‘rahsia terbuka’ itu, PH dijangkakan boleh hilang sekurang-kurangnya 29 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang, termasuk Parlimen Pokok…

Read More

Indikator Covid-19 tunjuk penurunan

PUTRAJAYA 22 Ogos – Kebanyakan indikator Covid-19 di negara ini mula menunjukkan penurunan pada Minggu Epidemiologi (ME) 33/2022 atau dalam tempoh 14 Ogos hingga Sabtu lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata secara keseluruhannya jumlah kemasukan pesakit Covid-19 di negara ini membabitkan kategori satu dan dua menurun sebanyak lima peratus berbanding minggu sebelumnya. Dalam kenyataannya, beliau berkata bagi pesakit Covid-19 kategori tiga hingga lima pula,  menunjukkan penurunan sebanyak 15.4 peratus. Bilangan kes baharu bagi ME 33/2022 menurun sebanyak 14.5 peratus iaitu daripada 26,678 kes kepada 22,282 kes. Bagi…

Read More

Munajat Keluarga Malaysia

PUTRAJAYA 22 Ogos – Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob malam tadi menyertai hampir 10,000 jemaah di Masjid Putra di sini untuk solat hajat dan berzikir pada program Munajat Keluarga Malaysia. Program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) itu diadakan bersempena setahun Ismail Sabri menerajui kerajaan. Beliau yang diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad sebelum itu menunaikan solat Isyak berjemaah. Turut serta ialah beberapa menteri Kabinet antaranya Menteri Kanan Kerja Raya Fadillah Yusof, Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa serta Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali. Solat Isyak…

Read More

“Zainab Mohd Salleh bukan isteri saya”

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Dr Abd Latiff Ahmad menafikan wanita yang dikaitkan dalam laporan berita tular berkaitan siasatan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) itu adalah isterinya. “Merujuk kepada laporan berita yang tular berkaitan siasatan projek kapal tempur pesisir (LCS), saya menegaskan bahawa Zainab Mohd. Salleh bukan isteri saya seperti mana yang dinyatakan dalam berita tersebut. “Sebagai anggota Kabinet, saya bersedia memberi kerjasama penuh sekiranya pihak berkuasa ingin menjalankan siasatan selanjutnya,” katanya. Sebelum ini,  Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mendedahkan syarikat palsu…

Read More

Mitos cerita lama dan politik

KUALA LUMPUR 22 Ogos –  Jangan menggunakan alasan takut Parlimen tergantung seperti cuba dikhabarkan sebelum ini, bagi menghalang pilihan raya umum (PRU) diadakan, tegas Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi. Melalui satu status terbaharu di Facebooknya hari ini bertajuk Memecahkan Mitos Politik Parlimen Tergantung, Ahmad Zahid merujuk kenyataan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengenai ‘Parlimen tergantung’. “Maksud mitos ialah cerita-cerita lama yang dianggap benar, namun tidaklah benar atau direka-reka. Mitos politik pula ialah menceritakan perkara yang kurang benar malah boleh dibuktikan sebaliknya,” katanya. Ahmad Zahid berkata, seorang penganalisis politik baru-baru ini…

Read More

208 kes cacar monyet di Israel

JERUSALEM: Kementerian Kesihatan Israel merekodkan 208 kes cacar monyet setakat ini, dengan 11 kes baharu dilaporkan dalam tempoh empat hari lepas. Berikutan itu, setakat ini lebih 2,000 orang yang berisiko telah menerima dua dos suntikan vaksin. Israel pada akhir bulan lalu (Julai) mengumumkan program vaksinasi untuk golongan berisiko, dengan penghantaran 5,600 dos vaksin dihasilkan oleh firma Denmark Bavarian Nordic. Sebanyak 4,400 dos lagi dijangka tiba pada September ini. Kementerian juga sedang mempertimbangkan untuk memperluaskan kriteria penerima vaksin bagi memanfaatkan penggunaan semua dos serta membeli dos tambahan.

Read More

Kes harian Covid-19 terus turun

PUTRAJAYA 22 Ogos – Kes baharu Covid-19 terus menunjukkan penurunan dengan 2,464 kes dilaporkan semalam, berbanding 2,798 pada hari sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,757,752 kes. Menerusi data yang dikongsikan dalam laman sesawang COVIDNOW, kes baharu itu membabitkan 2,448 kes penularan tempatan dengan 16 lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Pertambahan kes berkenaan menjadikan sehingga kini masih terdapat 38,918 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 di mana sebanyak 37,408 kes atau 96.1 peratus kini sedang menjalani kuarantin wajib di rumah. Selain itu, sejumlah 3.6 peratus bersamaan…

Read More