247 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 22 Ogos – Sebanyak 247 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam yang meliputi 238 ujian ART yang dimuatnaik ke aplikasi BruHealth manakala sembilan lagi hasil 284 ujian makmal RT-PCR.

Menteri Kesihatan, Dr. Md Isham Jaafar berkata, terdapat satu kes dalam kategori 5 yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU)dan tiga kes dalam Kategori 4 iaitu yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Dalam tempoh satu minggu kebelakangan ini jumlah kes Covid-19  menunjukkan pengurangan dengan kadar purata kes pada minggu ini ialah 283 kes sehari berbanding minggu sebelumnya 420 kes sehari.

Sebanyak 374 kes sembuh dilaporkan.

Sementara itu, mengenai program vaksinasi pula, sebanyak 82.6 peratus daripada penduduk negara itu telah mendapatkan tiga dos vaksin Covid-19 dan 9 peratus dengan empat dos.

Sebanyak 81.1 peratus kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun telah mendapatkan dua dos vaksin manakala 54.4 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun mendapatkan tiga dos vaksin Covid-19.

Related posts

Leave a Comment