208 kes cacar monyet di Israel

JERUSALEM: Kementerian Kesihatan Israel merekodkan 208 kes cacar monyet setakat ini, dengan 11 kes baharu dilaporkan dalam tempoh empat hari lepas.

Berikutan itu, setakat ini lebih 2,000 orang yang berisiko telah menerima dua dos suntikan vaksin.

Israel pada akhir bulan lalu (Julai) mengumumkan program vaksinasi untuk golongan berisiko, dengan penghantaran 5,600 dos vaksin dihasilkan oleh firma Denmark Bavarian Nordic.

Sebanyak 4,400 dos lagi dijangka tiba pada September ini.

Kementerian juga sedang mempertimbangkan untuk memperluaskan kriteria penerima vaksin bagi memanfaatkan penggunaan semua dos serta membeli dos tambahan.

Related posts

Leave a Comment