Peningkatan kes di Brunei Darussalam

BERAKAS 6 Jun  – Brunei Darussalam merekodkan peningkatan jumlah kes harian  Covid-19 hari ini dengan mencatatkan 379 kes berbanding 344 yang dilaporkan semalam.

Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, sebanyak 373 kes itu adalah hasil Ujian ART manakala enam kes lagi hasil daripada 292 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 150,781.

Katanya , dua kes direkodkan dalam Kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi manakala tiada kes bagi Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Beliau memberitahu , sebanyak 216 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan 148,285 manakala jumlah kes aktif sebanyak 2,273  iaitu 12 sedang dirawat di hospital, manakala 2,261 sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Related posts

Leave a Comment