Objek dipercayai serpihan roket

MIRI 8 Ogos – Satu lagi objek misteri seakan-akan cabang tanduk rusa ditemukan di sebuah kawasan kebun persendirian berhampiran Rumah Panjang Ngadan di kawasan Sungai Kurong Suai, hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, Rary Binjie, berkata sepasukan anggotanya dikerahkan ke lokasi objek ditemui sejurus menerima panggilan pada pukul 2.19 petang. Beliau berkata, ketika sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati terdapat satu objek seakan-akan tanduk rusa terbenam dalam tanah. Katanya, selepas mengenal pasti kedudukan tepat objek ditemui, pasukan bomba bertindak memakai pakaian operasi lengkap dan menggunakan alat…

Read More

Tujuh emas, 8 perak, 8 gangsa

PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob mengucap tahniah kepada pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah yang berjaya menghadiahkan pingat emas ketujuh buat negara, di Sukan Komanwel 2022. Pingat emas dalam acara badminton itu berjaya diraih selepas mereka menewaskan wakil England, Chloe Birch-Lauren Smith 21-5, 21-8 pada aksi final di National Exhibition Center di Birmingham, England. Kejayaan pasangan beregu negara itu juga sumbangan pingat terakhir buat Malaysia di Sukan Komanwel 2022, yang berlangsung sejak 28 Julai lalu. Ismail Sabri juga mengucapkan tahniah kepada kontinjen Malaysia yang berjaya mencapai dan melepasi sasaran…

Read More

3,541 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 8 Ogos – Sebanyak 3,541 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang meliputi 3,424 jangkitan tempatan dan 117 ‬kes import menjadikan jumlah keseluruhan 1,763,116 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), dalam tempoh yang sama, dua lagi kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,541 orang meninggal dunia akibat Covid-19. Sebanyak 3,193 kes iaitu 3,086 kes tempatan dan 107 kes import merupakan  pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Di samping itu, sebanyak 348…

Read More

Brunei Darussalam catat 537 kes baharu

BERAKAS 8 Ogos – Sebanyak 537 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam yang meliputi 532 ujian ART yang dimuatnaik ke aplikasi BruHealth manakala lima lagi hasil 211 ujian makmal RT-PCR. Menteri Kesihatan, Dr. Md Isham Jaafar berkata, tiada kes dalam kategori 5 yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Bagaimanapun terdapat lima kes dalam Kategori 4 iaitu kes yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Dalam tempoh satu minggu kebelakangan ini jumlah kes Covid-19  menunjukkan pengurangan dengan kadar purata kes pada minggu ini ialah 578…

Read More

Kes harian Covid-19 Thailand turun

BANGKOK 8 Ogos – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Thailand menunjukkan penurunan apabila 1,842 kes dimasukkan ke hospital berbanding 2,250 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,607,451 kes. Sebanyak 34 lagi individu dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 berbanding 35 pada hari sebelumnya yang membawa kepada jumlah keseluruhan 31,630 kematian setakat ini termasuk 9,932 tahun ini. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 2,015 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,554,502 orang termasuk 2,384,016 yang pulih tahun ini. Sebanyak 21,319 sedang mendapatkan rawatan perubatan.

Read More

Eksport ayam belum dibenarkan

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kerajaan buat masa ini tidak lagi membenarkan eskport ayam bagi menjamin bekalan dalam negara betul-betul stabil dengan harga jualannya munasabah, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Annuar Musa. Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Mutilmedia, berkata, keputusan untuk menarik balik larangan eksport ayam perlu berpandukan kepada penilaian menyeluruh selepas meneliti semua aspek rantaian bekalan ayam negara. Annuar mengakui ketika ini harga jualan ayam di negara jiran yang lebih tinggi menarik minat penternak tempatan untuk mengeskport barangan itu ke negara luar, bagi menjana lebih keuntungan.…

Read More

Pencarum KWSP keluar RM155 bilion

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Dewan Negara hari jni diberitahu, sebanyak RM155 bilion caruman ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikeluarkan menerusi pelaksanaan empat fasiliti pengeluaran berkaitan Covid-19. Timbalan Menteri Kewangan 1, Mohd Shahar Abdullah, berkata ia terdiri daripada RM145 bilion amaun yang dikeluarkan oleh ahli di bawah empat program pengeluaran dan hampir RM10 bilion daripada program pengurangan kadar caruman berkanun syer pekerja. “Tahap simpanan ahli KWSP rendah dan sangat membimbangkan terutamanya setelah perlaksanaan empat fasiliti pengeluaran berkaitan COVID-19 iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra serta Pengeluaran Khas; dan pengurangan kadar caruman…

Read More

40 karya seni Tunku Azizah di Galeri Prima

KUALA LUMPUR 8 Ogos –  Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Pameran Synthesis di Galeri Prima, Balai Berita The New Straits Times Press, Bangsar hari ini. Turut berangkat, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Sempena pameran, yang bermula 1 Ogos lalu hingga 18 September ini, lebih 40 rekaan batik dihasilkan Raja Permaisuri Agong, dipamerkan di galeri tersebut. Galeri Prima adalah galeri seni persendirian pertama mendapat perkenan Tunku Azizah untuk mempamerkan karya eksklusif Baginda, batik cetakan…

Read More

Perintah berkurung ESSZONE dilanjut

KOTA KINABALU 8 Ogos – Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 23 Ogos depan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah,  Idris Abdullah. Beliau berkata perintah berkurung itu meliputi perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau mengingatkan orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan supaya tidak menghampiri atau berada di kawasan diisytihar, di antara pukul 6 petang hingga 6 pagi. Perintah ini dilanjutkan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas, yang…

Read More

Kes baharu, kematian meningkat

PUTRAJAYA 8 Ogos – Bilangan kes baharu Covid-19 meningkat 0.8 peratus kepada 28,554 kes pada Minggu Epidemiologi ke-31 (ME 31/2022) dari 31 Julai hingga 6 Ogos, meliputi 28,499 kes tempatan dan 55 kes import. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata untuk tempoh sama, kes kematian meningkat kepada 60 kes berbanding 49 kes minggu sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 22.4 peratus. Bilangan kes sembuh pada ME 31/2022 menurun sebanyak 7.2 peratus iaitu 30,837 kes kepada 28,604 kes. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau memberitahu, purata kes aktif setiap hari bagi…

Read More