Tujuh emas, 8 perak, 8 gangsa

PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob mengucap tahniah kepada pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah yang berjaya menghadiahkan pingat emas ketujuh buat negara, di Sukan Komanwel 2022.

Pingat emas dalam acara badminton itu berjaya diraih selepas mereka menewaskan wakil England, Chloe Birch-Lauren Smith 21-5, 21-8 pada aksi final di National Exhibition Center di Birmingham, England.

Kejayaan pasangan beregu negara itu juga sumbangan pingat terakhir buat Malaysia di Sukan Komanwel 2022, yang berlangsung sejak 28 Julai lalu.

Ismail Sabri juga mengucapkan tahniah kepada kontinjen Malaysia yang berjaya mencapai dan melepasi sasaran enam pingat emas di Sukan Komanwel tahun ini.

“Sasaran enam pingat emas tercapai! Syabas dan tahniah juga kepada pengurus pasukan, jurulatih, atlet dan seluruh kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel 2022 Birmingham,” katanya.

Secara keseluruhan, Malaysia meraih tujuh pingat emas, lapan perak dan lapan gangsa sepanjang temasya itu, yang menempatkan Malaydia di kedudukan ke-10 daripada 43 negara, setakat ini.

Related posts

Leave a Comment