Kes harian Covid-19 Thailand turun

BANGKOK 8 Ogos – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Thailand menunjukkan penurunan apabila 1,842 kes dimasukkan ke hospital berbanding 2,250 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,607,451 kes.

Sebanyak 34 lagi individu dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 berbanding 35 pada hari sebelumnya yang membawa kepada jumlah keseluruhan 31,630 kematian setakat ini termasuk 9,932 tahun ini.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 2,015 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,554,502 orang termasuk 2,384,016 yang pulih tahun ini.

Sebanyak 21,319 sedang mendapatkan rawatan perubatan.

Related posts

Leave a Comment