Brunei Darussalam catat 537 kes baharu

BERAKAS 8 Ogos – Sebanyak 537 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam yang meliputi 532 ujian ART yang dimuatnaik ke aplikasi BruHealth manakala lima lagi hasil 211 ujian makmal RT-PCR.

Menteri Kesihatan, Dr. Md Isham Jaafar berkata, tiada kes dalam kategori 5 yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Bagaimanapun terdapat lima kes dalam Kategori 4 iaitu kes yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Dalam tempoh satu minggu kebelakangan ini jumlah kes Covid-19  menunjukkan pengurangan dengan kadar purata kes pada minggu ini ialah 578 kes sehari berbanding minggu sebelumnya 628 kes sehari.

Sebanyak 526 kes sembuh dilaporkan 209,995 menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 210,521 kes.

Sementara itu, mengenai program vaksinasi pula, sebanyak 75.6 peratus daripada penduduk negara itu telah mendapatkan tiga dos vaksin Covid-19 dan 7.8 peratus dengan empat dos.

Sebanyak 81.1 peratus kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun telah mendapatkan dua dos vaksin manakala 54.4 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun mendapatkan tiga dos vaksin Covid-19.

Related posts

Leave a Comment