3,541 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 8 Ogos – Sebanyak 3,541 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang meliputi 3,424 jangkitan tempatan dan 117 ‬kes import menjadikan jumlah keseluruhan 1,763,116 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), dalam tempoh yang sama, dua lagi kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,541 orang meninggal dunia akibat Covid-19.

Sebanyak 3,193 kes iaitu 3,086 kes tempatan dan 107 kes import merupakan  pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Di samping itu, sebanyak 348 kes disahkan menerusi ujian PCR yang melibatkan 338 jangkitan tempatan, dan 10 adalah kes import.

Seramai 680 pesakit masih dirawat di hospital, termasuk 65 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 24 dipantau rapi di ICU manakala 6,088 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Setakat semalam, sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional di mana 93 peratus menerima satu dos dan 93 peratus lagi lengkap dua dos manakala 79 peratus sudah disuntik dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment