Kes cacar monyet ke-13 Singapura

SINGAPURA: Singapura mengesahkan satu lagi kes cacar monyet membawa jumlah keseluruhan kes yang dikesan di sini, sebanyak 13. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kes merupakan seorang lelaki tempatan berusia  33 tahun.yang tiada kaitan dengan kes-kes sebelum ini dan juga tiada sejarah perjalanan. Beliau merupakan kes tempatan kelapan yang juga tiada kaitan dengan kes-kes sebelum ini. Baki lagi lima kes adalah kes import yang mempunyai sejarah perjalanan ke Kanada, Britain, Amerika Syarikat, Jerman dan Australia.

Read More

Rafizi, MB Pengerusi MPN

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Wilayah Persekutuan yang baharu, manakala Naib Presiden, Amirudin Shari dilantik sebagai Pengerusi MPN Selangor. Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang mengumumkan perkara itu, berkata keputusan itu dipersetujui dalam satu mesyuarat bersama semua Ketua Cabang PKR Selangor dan Wilayah Persekutuan petang tadi. Beliau berkata, mesyuarat berkenaan diadakan bertujuan untuk memuktamadkan proses pelantikan Pengerusi MPN yang baharu. “Saya percaya pelantikan ini akan dapat membantu Keadilan mempercepat kesiapsiagaan parti mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),”…

Read More

Thailand catat 2,432 kes baharu

BANGKOK 3 Ogos – Thailand merekodkan 32 lagi kematian akibat Covid-19 dan 2,432 kes baharu pada Selasa berbanding 27 meninggal dunia dan 1,843 kes yang direkodkan pada Isnin. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 2,419 kes melibatkan kalangan orang awam manakala 12 lagi banduan dan satu kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini adalah 31,463 termasuk 9,765 yang dilaporkan pada tahun ini manakala jumlah kes pula meningkat kepada 4,596,559. Sehingga tengah malam Selasa, sebanyak 21,940 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 11,842 di hospital, 9,782…

Read More

Enakmen Antilompat Parti Pulau Pinang sah

PUTRAJAYA 3 Ogos – Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa peruntukan di bawah Enakmen Antilompat Parti Pulau Pinang adalah sah dan berperlembagaan. Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang mempengerusikan panel itu, berkata, Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang adalah sah kerana ia konsisten dengan Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan. Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang menyatakan bahawa seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hendaklah mengosongkan kerusinya jika telah dipilih sebagai calon parti politik, beliau perlu meletak jawatan atau dipecat daripada parti atau telah dipilih selain sebagai calon…

Read More

MAHA 2022 bermula 4 Ogos

SERDANG 3 Ogos – Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 kembali menemui orang ramai mulai esok, 4 hingga 14 Ogos ini dengan bertemakan Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan. Kali terakhir MAHA diadakan pada tahun 2018 dan penganjuran berikutnya sepatutnya pada 2020 tetapi disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan sempadan, ia tidak dapat dianjurkan. Kali ini MAHA memberikan fokus kepada seperti Agro Trade iaitu membabitkan aktiviti perniagaan dan padanan perniagaan. Pada masa sama MAHA turut mempromosi produk tempatan dan antarabangsa serta Agro Edutainment  selain memberi kesedaran…

Read More

1.76 juta kanak-kanak ambil vaksin

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Seramai 1.76 juta atau 49.8 peratus kanak-kanak berusia lima tahun hingga 11 tahun di negara ini sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, setakat semalam. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali, berkata peratusan itu masih rendah berbanding jumlah kemudahan vaksin dan daripada jumlah itu, seramai 1.5 juta kanak-kanak atau 42.3 peratus lengkap menerima dua dos vaksin. “Sudah hampir enam bulan kita lancar program vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak. Kakitangan buat kerja bagus, sambutan dan kerjasama kerajaan negeri juga bagus, kerjasama klinik swasta juga menggalakkan. Tetapi,…

Read More

Kes ketiga cacar monyet Thailand

BANGKOK 3 Ogos – Thailand merekodkan kes cacar monyet ketiga di Phuket, kata Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit, Opas Karnkawinpong hari ini. Kes melibatkan seorang lelaki Jerman berusia 25 tahun yang tiba di Phuket pada 18 Julai lalu sebagai pelancong. Lelaki itu dipercayai dijangkiti virus itu di negara lain kerana tempoh inkubasi adalah 21 hari. Pegawai sedang mengesan orang yang pernah berhubung rapat dengannya, untuk pemeriksaan. Menurut Dr Opas, lelaki itu turut menunjukkan simptom demam, lepuh dan ruam yang bermula di kawasan pangkal paha sebelum merebak ke bahagian lain badan. Gejala-gejala…

Read More

BIRMINGHAM: Kontinjen Malaysia meraih emas ketiga pada temasya Sukan Komanwel 2022 di sini, selepas skuad negara memenangi acara berpasukan campuran. Pada saingan final di National Exhibition Center (NEC), skuad negara menumpaskan India dalam saingan sengit yang berkesudahan 3-1 sekali gus menebus kekalahan pada aksi final temasya di Gold Coast, Australia pada 2018. Kejayaan itu dalam masa sama meletakkan Malaysia di landasan tepat untuk terus memburu sasaran enam emas, selepas atlet angkat berat Mohamad Aniq Kasdan dan Muhamad Aznil Bidin menghadiahkannya menerusi kategori 55 kilogram (kg) dan 61kg. Dalam aksi final…

Read More

45 peratus sisa makanan sehari

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Malaysia menjana hampir 38,000 tan metrik sisa pepejal sehari dan 45 peratus daripadanya sisa makanan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Reezal Merican Naina Meerican. Beliau memberitahu , sisa makanan merangkumi dua kategori, iaitu sisa masih boleh dimakan dan tidak boleh dimakan. Keadaan itu katanya menjadi cabaran utama bagi kementeriannya, terutama membabitkan isu rawatan sisa pepejal, khususnya sisa makanan. Beliau memberitahu, hala tuju baharu pengurusan sisa pepejal sedang dirangka dengan kerjasama beberapa pihak. Berdasarkan laporan Future Institute dikeluarkan Australia, sisa makanan boleh dimakan dijana di…

Read More

Melayu paling ramai bankrap

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Dewan Rakyat diberitahu kaum Melayu mendahului kes bankrap dengan mencatatkan 10,266 kes daripada 17,559 individu sejak 2020 sehingga Mei lalu. Ini diikuti Cina dengan 4,447 kes, India 1,321 kes, lain-lain 1,516 kes manakala 48 kes lagi melibatkan bukan warganegara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam jawapan bertulis berkata, mengikut pecahan negeri, Selangor mencatatkan jumlah kebankrapan tertinggi iaitu 4,164 kes dalam tempoh sama. Wilayah Persekutuan dan Johor masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan jumlah 2,203 dan 1,987…

Read More