Thailand catat 2,432 kes baharu

BANGKOK 3 Ogos – Thailand merekodkan 32 lagi kematian akibat Covid-19 dan 2,432 kes baharu pada Selasa berbanding 27 meninggal dunia dan 1,843 kes yang direkodkan pada Isnin.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 2,419 kes melibatkan kalangan orang awam manakala 12 lagi banduan dan satu kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini adalah 31,463 termasuk 9,765 yang dilaporkan pada tahun ini manakala jumlah kes pula meningkat kepada 4,596,559.

Sehingga tengah malam Selasa, sebanyak 21,940 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 11,842 di hospital, 9,782 di rumah dan pengasingan komuniti.

Sebanyak 917 yang menerima rawatan di hospital dalam keadaan kritikal dan 478 bergantung kepada bantuan ventilator.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 2,472 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 4,543,156.

Related posts

Leave a Comment