Rafizi, MB Pengerusi MPN

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Wilayah Persekutuan yang baharu, manakala Naib Presiden, Amirudin Shari dilantik sebagai Pengerusi MPN Selangor.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang mengumumkan perkara itu, berkata keputusan itu dipersetujui dalam satu mesyuarat bersama semua Ketua Cabang PKR Selangor dan Wilayah Persekutuan petang tadi.

Beliau berkata, mesyuarat berkenaan diadakan bertujuan untuk memuktamadkan proses pelantikan Pengerusi MPN yang baharu.

“Saya percaya pelantikan ini akan dapat membantu Keadilan mempercepat kesiapsiagaan parti mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Related posts

Leave a Comment