UMNO Kelantan tanding 9 Parlimen

PASIR MAS 31 Ogos – UMNO Kelantan berhasrat untuk bertanding di sembilan kawasan Parlimen dan 35 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung kawasan yang akan ditandingi.

Kelantan mempunyai 14 kawasan Parlimen dan 45 kerusi DUN. Pada PRU14, BN Kelantan memenangi lapan kerusi DUN dan lima kerusi Parlimen.

Beliau berkata, tidak mustahil untuk UMNO meletak sasaran bagi kawasan Parlimen memandangkan pada PRU-11 iaitu 2004, UMNO pernah memenangi sembilan kerusi.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Jentera PRU15 Veteran UMNO Kelantan dan Perasmian Keluargaku Pengundi Barisan Nasional (BN) di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Lubok Jong, Rantau Panjang, dekat sini hari ini.

Ahli Parlimen Machang itu berkata pihaknya kini giat meneliti dan membuat kajian untuk menentukan senarai calon yang bakal bertanding pada PRU15 sebelum diserahkan kepada Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mengenai calon, jika boleh UMNO mahu mengetengahkan seramai mungkin muka baharu serta tidak meminggirkan kepimpinan yang ada dan muka lama kerana kombinasi ini amat penting.

Kelantan mempunyai 14 kawasan Parlimen dan 45 kerusi DUN. Pada PRU14, BN Kelantan memenangi lapan kerusi DUN dan lima kerusi Parlimen.

Related posts

Leave a Comment