Dr Mahathir positif Covid-19

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dilaporkan positif jangkitan Covid-19 pagi ini.

Dalam satu kenyataan ringkas oleh pejabat beliau di laman media sosialnya, Ahli Parlimen Langkawi itu telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi tujuan pemantauan selama beberapa hari.

Kenyataan Pejabat Dr Mahathir itu turut menyebut bahawa tindakan itu dibuat berdasarkan nasihat pasukan keselamatan beliau.

Petang semalam Dr Mahathir yang juga Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) hadir pada majlis Sesi Dialog pimpinan Perkasa seluruh Malaysia dan NGO-NGO Melayu di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya.

Related posts

Leave a Comment