Kes harian naik lepasi 2,000

PUTRAJAYA 31 Ogos – Selepas jumlah kes jangkitan harian Covid-19 turun kepada 1,946 kelmarin, kes harian semalam meningkat semula melebihi 2,000 dengan 2,144 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,780,284.

Menerusi laman sesawang COVIDNOW, kes baharu itu membabitkan tiga kes import sementara yang lain kes penularan tempatan.

Sehingga kini, negara masih mempunyai 31,159 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dan daripada jumlah itu, sebanyak 29,784 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Mengenai kes kematian, empat lagi dilaporkan meninggal dunia akibat penularan Covid-19, menjadikan angka kematian di negara ini meningkat kepada 36,210 kes.

Sementara itu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan 462 kes diikuti Selangor 419, Sabah 220, Perak 167, Sarawak 138, Kelantan 113, Melaka 108,Kedah 103, dan Negeri Sembilan 101.

Negeri yang mencatatkan kes rendah adalah Pulau Pinang 98, Johor 80, Pahang 54, Terengganu 39, Wilayah Persekutuan Putrajaya 30, Wilayah Persekutuan Labuan 7 dan Perlis 5.

Related posts

Leave a Comment