Kes cacar monyet tertinggi di AS

LOS ANGELES: Data terkini daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) mengesahkan 17,432 kes cacar monyet di seluruh negara setakat Jumaat lalu, jumlah tertinggi di dunia.

Menurut data CDC, kes tertinggi dicatatkan di New York dengan 3,124 kes, diikuti oleh California 3,291 kes dan Florida dengan 1,739 kes.

Pengarah CDC Rochelle Walensky bagaimanapun berkata, kadar jangkitan wabak dilihat semakin perlahan

Sementara itu, Pegawai AS berkata, vaksin cacar monyet tambahan tersedia kepada orang ramai mulai September.

Sebelum ini Pentadbiran Biden mendapat kritikan berikutan tindak balasnya terhadap wabak cacar monyet, termasuk kegagalan untuk memesan vaksin yang mencukupi, tidak dapat mempercepatkan rawatan dan menyediakan saringan untuk mengekang wabak itu.

Related posts

Leave a Comment