Kes harian meningkat semula

BANGKOK 31 Ogos – Selepas angka jangkitan Covid-19 dilaporkan di bawah 1,000 semalam, Thailand hari ini mencatatkan peningjatan semula kes iaitu 2,240 berbanding 994 semalam dan 1,273 sebelumnya.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,650,919.

Pada masa yang sama sebanyak 28 lagi mangsa Covid-19 dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 32,303 orang.

Sebanyak 15,754 menerima rawatan Covid-19 manakala 1,917 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 4,602,862.orang.

Related posts

Leave a Comment