Singapura catat 6 kes subvarian BA.2.75

SINGAPURA 22 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan enam kes tempatan Covid-19 subvarian Omicron BA.2.7 hari ini dan semua kes diasingkan sebaik sahaja diuji positif dan mempunyai gejala ringan Kesemua kes itu dikesan menerusi jujukan genom penuh sebagai sebahagian daripada pemantauan MoH mengenai keadaan Covid-19. MoH menambah subvarian BA.2.75 kini tidak tersenarai dalam varian yang menjadi keprihatinan atau mempunyai kepentingan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Minggu lalu, Singapura melaporkan dua kes import pertama varian itu  di mana kedua-dua individu melakukan perjalanan ke India dan segera mengasingkan diri selepas diuji positif Covid-19.…

Read More

Lelaki bantu wartawan masuk Makkah ditahan

JEDDAH: Polis Makkah menahan seorang lelaki rakyat tempatan yang didakwa terlibat dalam membantu urusan seorang wartawan bukan Islam yang memegang kerakyatan Amerika Syarikat untuk memasuki tanah suci itu. Media antarabangsa melaporkan wartawan itu ialah Gil Tamary daripada saluran siaran bebas Israel, Channel 13. Agensi Berita Arab Saudi (SPA) pula memetik jurucakap Polis Makkah sebagai berkata; “Mereka menggunakan laluan yang dikhaskan kepada orang Islam, hal ini jelas melanggar undang-undang yang melarang kemasukan orang bukan Islam ke tanah suci Mekah” . Pihak polis Makkah menegaskan bahawa segala undang-undang yang telah ditetapkan kerajaan…

Read More

Indonesia catat 4,834 kes Covid-19

JAKARTA 23 Julai – Sebanyak 4,834 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes di Indonesia setakat ini meningkat kepada 6,159,328 sejak kes pertama diumumkan pada 2 Mac 2020. Menurut data yang dikeluarkan, pertambahan kes tertinggi berlaku di Jakarta dengan 2,465 kes diikuti Jawa Barat 933 dan Banten dengan 550 kes. Sebanyak 3,363 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah kumulatif pesakit sembuh meningkat kepada 5,964,196 manakala 13 orang meninggal dunia menjadikan jumlah kematian 156,893 orang. Ketika ini terdapat 38,239 kes aktif Covid-19 iaitu pertambahan sebanyak…

Read More

1,767 kes Covid-19 sembuh di Brunei

BERAKAS 22 Julai – Sebanyak 1,767 kes Covid-19 di Brunei Darussalam dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 192,236. Menurut info grafik Kementerian Kesihatan (MoH), terdapat satu kes yang dikategorikan dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Tujuh kes lagi dalam Kategori 4, yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Mengenai program vaksinasi, sebanyak 74.4 peratus daripada penduduk negara itu telah mendapatkan tiga dos vaksin Covid-19 dan 5.8 peratus dengan empat dos. Sebanyak 78.8 peratus kanak-kanak berusia 5…

Read More

Thailand catat 2,424 kes baharu

BANGKOK 22 Julai – Thailand melaporkan 25 lagi kematian hari ini akibat Covid-19 berbanding 23 semalam dengan jumlah kes harian pula 2,424, turun sedikit berbanding 2,607 semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia setakat ini adalah 31,098 orang manakala jumlah kumulatif kes 4,570,885. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, setakat tengah malam Khamis, sebanyak 24,028 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 11,624 di hospital, 474 di kemudahan hospital dan 11,889 di rumah atau pengasingan komuniti. Daripada jumlah kes di hospital, sebanyak 868 dalam keadaan kritikal dan 393 bergantung kepada bantuan ventilator. Dalam…

Read More

Dinesh Gunawardena PM Sri Lanka

COLOMBO 22 Julai – Ahli Parlimen kanan Sri Lanka,  Dinesh Gunawardena hari ini dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-27.. Pelantikan Gunawardena dibuat sehari selepas Ranil Wickremesinghe mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden baharu semalam. Menurut Jabatan Penerangan Kerajaan Sri Lanka, upacara itu berlangsung di hadapan Presiden Wickremesinghe. Gunawardena, juga adalah mantan Menteri Luar dan Menteri Pendidikan yang turut memegang portfolio Pentadbiran Negeri, Hal Ehwal Dalam Negeri, Majlis Wilayah dan Kerajaan Tempatan. Turut mengangkat sumpah adalah 17 anggota Kabinet lain. Upacara itu berlangsung hanya beberapa jam selepas pasukan keselamatan menyerbu kem penunjuk…

Read More

Kes pertama cacar monyet di Thailand

BANGKOK 22 Julai – Thailand mengesahkan kes pertama cacar monyet, melibatkan seorang warga Nigeria berusia 27 tahun, yang baru sahaja memasuki Phuket dari Nigeria.  Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr Opas Karnkawinpong berkata, lelaki tersebut sudah sakit selama kira-kira seminggu dan dimasukkan ke hospital  di pulau tersebut.  Pesakit tersebut mengalami gejala seperti demam, batuk, sakit tekak, selesema dan ruam. Dia diuji positif cacar monyet menerusi ujian tindak balas rantaian polimerasi (PCR) pada 19 Julai. Jawatankuasa Kawalan Penyakit Nasional mengesahkan pada 21 Julai bahawa ia merupakan kes pertama cacar monyet di…

Read More

Kes polio selepas 2013 di AS

NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) melaporkan kes pertama polio selepas 2013 semalam apabila individu yang menetap di Rockland County, 48 kilometer (km) di utara Manhattan, disahkan positif penyakit itu. Kes terbaharu itu adalah daripada jenis ‘menunjukkan rantaian jangkitan daripada individu yang menerima vaksin polio oral (OPV) yang sudah dihentikan di AS pada tahun 2000. Jabatan Kesihatan New York dalam satu kenyataan berkata, ini menunjukkan virus itu mungkin berasal dari luar AS yang mana OPV ditadbir, kerana strain berbalik tidak boleh muncul daripada vaksin tidak diaktifkan. Pegawai memberi amaran kepada penyedia penjagaan…

Read More

Wanita kedua Presiden India ke-15

NEW DELHI: Seorang ahli politik wanita daripada komuniti puak di negeri timur Odisha bakal menjadi presiden baharu India yang ke-15 dan merupakan wanita kedua dipilih memegang jawatan itu. Droupadi Murmu, 64, akan menggantikan Ram Nath Kovind, 76, yang akan tamat penggal lima tahunnya pada 24 Julai ini. Wanita pertama yang dipilih sebagai Presiden India sebelum ini adalah Pratibha Patil, bekas Gabenor Rajasthan yang dilantik pada 25 Julai 2007 hingga Julai 2012. Murmu, yang dicalonkan oleh parti pemerintah, Parti Bharatiya Janata (BJP) menewaskan calon pembangkang Yashwant Sinha, 84, bekas menteri kewangan…

Read More

Kes harian Malaysia 4,587

PUTRAJAYA 21 Julai – Kes harian Covid-19 di negara ini turun kepada 4,587 berbanding 5,685 yang dicatatkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,640,235. Menurut laman sesawang COVIDNOW, jumlah jangkitan baharu itu membabitkan 11 kes import manakala yang lain kes tempatan. Sebanyak 47,409 kes aktif dilaporkan dengan 45,856 sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 10 kematian direkodkan menjadikan jumlah yang meninggal dunia setakat ini adalah 35,888. Sementara itu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 1,408 diikuti Selangor 1,399, Perak 360, Negeri Sembilan 285 dan Sabah 267.…

Read More