Singapura catat 6 kes subvarian BA.2.75

SINGAPURA 22 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan enam kes tempatan Covid-19 subvarian Omicron BA.2.7 hari ini dan semua kes diasingkan sebaik sahaja diuji positif dan mempunyai gejala ringan

Kesemua kes itu dikesan menerusi jujukan genom penuh sebagai sebahagian daripada pemantauan MoH mengenai keadaan Covid-19.

MoH menambah subvarian BA.2.75 kini tidak tersenarai dalam varian yang menjadi keprihatinan atau mempunyai kepentingan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Minggu lalu, Singapura melaporkan dua kes import pertama varian itu  di mana kedua-dua individu melakukan perjalanan ke India dan segera mengasingkan diri selepas diuji positif Covid-19.

Subvarian BA.2.75 yang diberi gelaran Centarus, pertama kali dikesan di India pada awal bulan Mei dan bertanggungjawab bagi mencetuskan penularan di negara-negara termasuk Amerika Syarikat dan Hong Kong awal tahun ini.

Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah menetapkan varian BA.2.75 sebagai “varian dalam pemantauan” pada 7 Jul. pada 7 Jul.

Ini bermakna ada tanda-tanda ia mungkin lebih mudah menular atau dikaitkan dengan penyakit lebih teruk, tetapi buktinya lemah atau belum lagi dinilai.

Setakat tengah hari ini Singapura melaporkan 8,983 kes baharu Covid-19 dengan 8,635 jangkitan tempatan dan 348 kes import menjadikan jumlah keseluruhan 1,645,092 kes sejak pandemik melanda.

Related posts

Leave a Comment