COLOMBO 22 Julai – Ahli Parlimen kanan Sri Lanka, Dinesh Gunawardena hari ini dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-27..
Pelantikan Gunawardena dibuat sehari selepas Ranil Wickremesinghe mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden baharu semalam.
Menurut Jabatan Penerangan Kerajaan Sri Lanka, upacara itu berlangsung di hadapan Presiden Wickremesinghe.
Gunawardena, juga adalah mantan Menteri Luar dan Menteri Pendidikan yang turut memegang portfolio Pentadbiran Negeri, Hal Ehwal Dalam Negeri, Majlis Wilayah dan Kerajaan Tempatan.
Turut mengangkat sumpah adalah 17 anggota Kabinet lain.
Upacara itu berlangsung hanya beberapa jam selepas pasukan keselamatan menyerbu kem penunjuk perasaan di ibu kota Colombo dan mengusir sebahagian daripadanya.
Sekurang-kurangnya sembilan tangkapan dibuat, ketika pentadbiran baharu bertindak untuk membanteras penunjuk perasaan.
Sementara itu, senarai anggota Kabinet lain yang dikeluarkan Jabatan Penerangan adalah
Douglas Devananda – Menteri Perikanan
Susil Premajayantha – Menteri Pendidikan
Bandula Gunawardena – Menteri Pengangkutan, Lebuh Raya dan Media.
Keheliya Rambukwella – Menteri Kesihatan dan Bekalan Air
Mahinda Amaraweera – Menteri Pertanian dan Hidupan Liar dan Sumber Hutan
Wijeyadasa Rajapaksha – Menteri Kehakiman, Hal Ehwal Penjara dan Pembaharuan Perlembagaan
Harin Fernando – Menteri Pelancongan dan Tanah
Ramesh Pathirana – Menteri Perladangan dan Industri
Prasanna Ranatunga – Menteri Pembangunan Bandar dan Perumahan
Ali Sabry – Menteri Luar Negeri
Vidura Wickramanayake – Menteri Buddha Sasana dan Hal Ehwal Keagamaan dan Kebudayaan
Kanchana Wijesekera – Menteri Elektrik dan Tenaga
Naseer Ahamed – Menteri Alam Sekitar
Roshan Ranasinghe – Menteri Hal Ehwal Sukan, Belia dan Pengairan
Manusha Nanayakkara – Menteri Buruh dan Pekerja Asing
Tiran Alles – Menteri Keselamatan Awam
Nalin Fernando – Menteri Perdagangan, Perdagangan dan Keselamatan Makanan
