1,767 kes Covid-19 sembuh di Brunei

BERAKAS 22 Julai – Sebanyak 1,767 kes Covid-19 di Brunei Darussalam dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 192,236.

Menurut info grafik Kementerian Kesihatan (MoH), terdapat satu kes yang dikategorikan dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Tujuh kes lagi dalam Kategori 4, yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Mengenai program vaksinasi, sebanyak 74.4 peratus daripada penduduk negara itu telah mendapatkan tiga dos vaksin Covid-19 dan 5.8 peratus dengan empat dos.

Sebanyak 78.8 peratus kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun telah mendapatkan dua dos vaksin manakala 52.3 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun mendapatkan tiga dos vaksin Covid-19.

Related posts

Leave a Comment