Kes harian Malaysia 4,587

PUTRAJAYA 21 Julai – Kes harian Covid-19 di negara ini turun kepada 4,587 berbanding 5,685 yang dicatatkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,640,235.

Menurut laman sesawang COVIDNOW, jumlah jangkitan baharu itu membabitkan 11 kes import manakala yang lain kes tempatan.

Sebanyak 47,409 kes aktif dilaporkan dengan 45,856 sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 10 kematian direkodkan menjadikan jumlah yang meninggal dunia setakat ini adalah 35,888.

Sementara itu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 1,408 diikuti Selangor 1,399, Perak 360, Negeri Sembilan 285 dan Sabah 267.

Kes terendah direkodkan Perlis 13, Wilayah Persekutuan Labuan 17 dan Terengganu 35.

Related posts

Leave a Comment