Kes polio selepas 2013 di AS

NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) melaporkan kes pertama polio selepas 2013 semalam apabila individu yang menetap di Rockland County, 48 kilometer (km) di utara Manhattan, disahkan positif penyakit itu.

Kes terbaharu itu adalah daripada jenis ‘menunjukkan rantaian jangkitan daripada individu yang menerima vaksin polio oral (OPV) yang sudah dihentikan di AS pada tahun 2000.

Jabatan Kesihatan New York dalam satu kenyataan berkata, ini menunjukkan virus itu mungkin berasal dari luar AS yang mana OPV ditadbir, kerana strain berbalik tidak boleh muncul daripada vaksin tidak diaktifkan.

Pegawai memberi amaran kepada penyedia penjagaan kesihatan supaya memerhatikan lebih banyak kes dan menggesa orang ramai di kawasan itu yang tidak diberi vaksin untuk mendapatkan suntikan.

Usaha global besar-besaran beberapa dekad ini hampir menghapuskan polio, penyakit virus yang melumpuhkan dan berpotensi membawa maut dengan kebanyakannya memberi kesan kepada kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah.

Jumlah kes menurun sebanyak 99 peratus sejak 1988, apabila polio menjadi endemik di 125 negara dan 350,000 kes direkodkan di seluruh dunia.

Kes di AS menurun secara mendadak pada akhir 1950-an dan awal 1960-an selepas vaksin dibangunkan dengan jangkitan semula jadi terakhir dilaporkan pada 1979.

OPV mereplikasi dalam usus dan boleh disalurkan kepada orang lain melalui air kumbahan tercemar, bermakna ia tidak akan menjangkiti kanak-kanak sudah divaksin, sebaliknya kejiranan yang tahap kebersihan dan imunisasinya rendah.

Walaupun lebih lemah daripada virus polio liar yang kini hanya wujud di Afghanistan dan Pakistan, varian itu boleh menyebabkan penyakit serius dan lumpuh kepada orang yang tidak diberi vaksin bagi penyakit terbabit.

Related posts

Leave a Comment